Tuesday, March 30, 2010

PM: MEB Untuk Manfaat Semua

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERDANA MENTERI Mohd Najib Abdul Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi.

Menurut Bernama, MEB meletakkan Malaysia di atas landasan yang betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Mohd Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata model baru itu akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kejayaan model ini akan menaikkan pendapatan per kapita daripada AS$7,000 sekarang kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini.

Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penauangan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Selaras dengan gagasan 1Malaysia beliau, Mohd Najib dilaporkan berkata bahawa model baru ini adalah untuk semua (inclusive), di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat.

Namun, saya ingin menyebut semula sebagai mempertahankan DEB bahawa ia mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama iaitu “membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum” dan “menyusun semula masyarakat agar kegiatan ekonomi tidak lagi dikaitkan dengan kaum.”

Begitu jugalah pendekatan Mohd Najib yang menjadikan pertumbuhan sebagai elemen pokok kepada semua pendekatan ekonomi.

Inilah juga inti pati DEB yang menekankan konsep perkembangan ekonomi yang disertai oleh pembahagian (growth with distribution). Yang diperlukan sekarang adalah pembahagian yang lebih adil dan saksama.

Tidak apalah kalau Perdana Menteri dan para penasihatnya berasa ada stigma kepada identiti kaum atau bangsa.

Namun itu pun bukan salah DEB, tetapi salah pelaksana dan pelapornya yang sengaja melupakan ikrar keramat Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein iaitu “tanpa mengira kaum.”

Akan tetapi, satu perkara pokok yang wajib kita akui dan terima adalah, sama ada pada era Abdul Razak atau era anaknya, situasi masih belum berubah. Majoriti daripada yang miskin dan memerlukan bantuan masih Bumiputera.

Meskipun atas tuntutan 1Malaysia, Perdana Menteri akan mengelak identiti kaum, namun program dan pembahagian sumber ekonomi di bawah MEB akan hanya berkesan jika kemiskinan dan ketidakseimbangan dihapuskan tanpa mengira kaum dan lokasi.

Lagipun, Perdana Menteri sebagai orang Melayu dan Presiden Umno tentu lebih daripada mengerti bahawa tidak ada suatu apa pun yang beliau lakukan – biar sesuci mana pun niat beliau – akan sah dan sempurna jika perintah dan semangat Perlembagaan tidak dipatuhi.

Tidak perlulah kita mengingatkan beliau dan para penasihat beliau yang merangka MEB itu mengenai peruntukan Perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sambil menjamin hak kaum-kaum lain.

Saya harap tindakan Perdana Menteri melancarkan dokumen yang sangat penting ini dalam persidangan "Invest Malaysia 2010" tidak memberi gambaran MEM adalah untuk pelabur dan kapitalis semata-mata.

Mungkin dalam kesempatan dan upacara lain yang lebih mesra rakyat beliau akan mengulangi pembentangan MEB agar ia benar-benar menjadi hak semua rakyat dan penduduk Malaysia.

Seperkara lagi, pelaksanaan MEB akan hanya berkesan dan mengatasi pencapaian DEB jika disertai oleh penyelarasan dan pemantauan yang rapi serta bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Berikut adalah sedutan lanjut laporan Bernama:-

*Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos Penyelenggaraannya;

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di banda raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion;

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta; dan

* Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

Khazanah Nasional perlu mencapai kemajuan yang lebih laju untuk melupuskan aset bukan teras bagi meningkatkan kecairan kaunter berkenaan, kata Najib.

Katanya kerajaan juga akan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ini akan menempatkan Malaysia sebaris dengan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan tidak mampan pada sebilangan kecil industri, perniagaan dan pembayar cukai.

Katanya Malaysia juga perlu keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan yang akan menjadi satu kedudukan tidak menentu bagi sebarang negara di dalam ekonomi global yang baharu, yang bermakna mengejar dasar ekonomi industri berpengetahuan pada masa depan yang menawarkan pekerjaan yang menawarkan upah yang tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi oleh semua pihak.

Perdana Menteri berkata MEB yang digubal oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang bebas, akan diintegrasikan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh dengan wawasan jangka panjang yang akan dipanjangkan sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-sebelas.

"Ini boleh mentransformasikan ekonomi untuk menjadi satu dengan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan berkualiti bagi tempoh dekad akan datang," katanya.

Mohd Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.
Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Mohd Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib berkata Malaysia perlu melakukan lonjakan kuantum dari pendapatan tahunan per kapita AS$7,000 sekarang ini kepada AS$15,000 di dalam tempoh 10 tahun.

"Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini...cabarannya ialah bagaimana kita melakukannya," katanya.
Katanya usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi bermakna upah yang tinggi pada keseluruhan ekonomi kerana pertumbuhan dicapai bukan sahaja melalui modal malah daripada peningkatan produktiviti melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, penyelarasan yang bertambah baik, penjenamaan yang lebih kukuh dan pematuhan dengan standard antarabangsa dan hak harta intelek.

Najib melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia."

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.

"Saya bukan sahaja mahu rakyat mendapat pendapatan yang lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan yang lebih baik" yang menjelaskan sebab usaha meningkatkan kualiti perlu menjadi sebahagian model ekonomi, katanya.

Najib turut memberi peringatan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami sedikit keperitan jangka pendek bagi memperoleh manfaat jangka panjang kerana sektor ekonomi tertentu kemungkinan mengalami kesan buruk.

"Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ada masanya ia memeritkan. Tetapi, bagi mencapai kekukuhan jangka panjang negara kita, kita tidak dapat mengelakkan lagi isu-isu berkenaan," katanya.

Katanya, sambil dasar asal DEB masih relevan, kini tiba masanya untuk menyemak semula pelaksanaannya. "Kita akan mengejar matlamat yang sama tetapi mentransformasikan cara kita melaksanakan usaha mencapainya."

Dasar tindakan afirmatif yang digunakan semula akan menjadi mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berdasarkan keperluan.

Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain, kata Najib.

Katanya akan wujud satu dasar tindakan afirmatif yang diperbaharui semula di dalam MEB dengan fokus menaikkan paras pendapatan kesemua kumpulan yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuk kumpulan yang tinggal di rumah-rumah panjang di Sabah dan Sarawak, isi rumah yang miskin di Semenanjung Malaysia dan nelayan, peniaga kecil dan petani kecil serta "tidak melupakan Orang Asli dan golongan miskin di kawasan bandar yang mahu mendapatkan kehidupan lebih baik di dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Katanya laporan Neac menunjukkan bahawa fokus perlu diberikan kepada kumpulan 40 peratus rakyat Malaysia pada peringkat bawah -- secara individu dan mengikut wilayah. Mereka merupakan kumpulan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khas.

"Matlamat akhirnya ialah tiada rakyat Malaysia hidup di dalam kemiskinan, bahawa kesemuanya mendapat peluang untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran," katanya.

Laporan Neac menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran kini perlu memberi fokus kepada pelaburan biaya upaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaat daripada peluang-peluang baharu di dalam ekonomi.

Sunday, March 28, 2010

Hulu Selangor Uji Perpaduan BN, PR

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEBELUM perjuangan menawan hati pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor bermula, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat terpaksa menyelesaikan dulu sebarang perbezaan di kalangan parti komponen mereka.

Bagi kedua-dua buah gabungan, kalau penentuan calon diasaskan semata-mata kepada majoriti pengundi, maka mereka akan memilih calon Melayu.

Ini adalah kerana hampir 54 peratus daripada 60,000 pemilih berdaftar kerusi itu Melayu, 26.7 peratus Cina dan 19 peratus India.

Tetapi atas semangat setia kawan dan tolak-ansur, BN sebelum ini menyerahkan kerusi ini kepada parti yang mempunyai bilangan pengundi paling kecil iaitu MIC.



SAMBIL kita berbincang mengenai pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya ingin berkongsi gambar beruk pemetik kelapa yang menurut cerita New Straits Times hari ini, namanya Kadir. Nama tuannya diberikan sebagai Yusof Kadir dari Kampung Gerong, Tumpat, Kelantan.

Si beruk Kadir jelaslah bukan beruk Mat Yeh. Menurut laporan NST, ia seekor beruk yang kuat kerja. Kalau setakat 100 biji kelapa sehari perkara biasa.

Dalam ungkapan Utara, beruk Mat Yeh membawa maksud seorang yang berperangai buruk atau nakal macam beruk. Mungkin beruk milik Mat Yeh di Kedah pemalas dan nakal tidak seperti Kadir milik Encik Yusof.

Masa Sanusi Junid jadi Menteri Pertanian, dia beri subsidi beruk dan buat pertandingan beruk pemetik kelapa terpantas. Lepas itu, ada pula yang buat pertandingan ratu cantik beruk. NOTA: Gambar dan cerita ini langsung tidak kena mengena dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor.

(Sambungan cerita pilihan raya kecil Hulu Selangor)

Namun begitu, selepas prestasi buruk MIC pada pilihan raya umum 2008 dan memandangkan calon India BN kalah kepada calon Melayu PKR, maka amalan ini wajar dan wajib dikaji semula.

Mungkin MIC bukan lagi parti komponen yang layak mewakili BN di Hulu Selangor melainkan BN bersedia mengambil risiko yang tinggi dan melakukan pendakian yang sukar dengan terus memberikan kerusi majoriti Melayu ini kepada MIC.

Apatah lagi, di pihak PR sudah pun jelas bahawa seorang calon Melayu daripada parti yang sebahagian besar kepemimpinannya Melayu iaitu Parti Keadilan Rakyat akan mewakilinya.

Seorang calon Melayu daripada parti yang ramai pemuka Melayu sudah tentulah lebih berkemampuan menarik minat orang Melayu berbanding dengan seorang calon India dari parti orang India. Inilah delima awal BN.

Hanya sokongan besar orang Melayu yang pro-Umno sahaja akan mencerahkan harapan calon MIC memenangi semula kerusi itu.

Soalnya, adakah Umno sudah cukup pulih dan diyakini oleh majoriti orang Melayu sehingga boleh merayu orang Melayu agar menyerahkan undi mereka kepada seorang calon India yang mereka tolak dua tahun lalu?

Atau apakah pengundi India dan Cina akan memberi sokongan padu kepada calon MIC yang mereka juga tolak dua tahun lalu?

Harapan BN lebih cerah jika diwakili oleh seorang calon BN yang popular seperti yang terbukti dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, September lalu di mana bekas Menteri Besar, Mohd Isa Abdul Samad, mengalahkan calon Pas dengan majoriti yang besar.

Jadi tidak hairanlah nama bekas Menteri Besar Selangor dan bekas ADUN Batang Kali dalam kawasan Hulu Selangor, Muhammad Muhd Taib, disebut sebagai layak mewakili BN dalam pertandingan itu.

Kalaupun harapan BN lebih cerah kali ini, sebabnya bukanlah kerana kekuatan sejati BN, tetapi kerana kelemahan PR, khasnya PKR .

PKR sekarang bukan PKR yang membuat kejutan hebat dalam pilihan raya umum 2008 dengan muncul sebagai parti induk barisan pembangkang.

Hari ini, akibat krisis dalaman, kedudukan PKR sebagai parti induk PR telah diambil alih oleh DAP. Peletakan jawatan empat Ahli Parlimennya menyebabkan perwakilan PKR dalam Parlimen lebih kecil daripada DAP.

PKR dan rakan-rakannya dalam PR akan mendapati lebih sukar untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh terus dipercayai dan wakil-wakil rakyat mereka tidak akan melompat keluar parti.

Selain empat Ahli Dewan Rakyat, dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP turut keluar parti dan menjadi wakil bebas.

Bagi BN, sama ada calon MIC dipilih bertanding atau tidak, kemungkinan ia mendapat sokongan padu pengundi India belum terjamin. Malah undi India akan berpecah tiga jika Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan mengotakan cakapnya untuk bertanding pilihan raya.

Awal bulan ini, Hindraf berpisah daripada PR. Pengasasnya, P. Uthayakumar, menuduh PR mengkhianati harapan dan sokongan masyarakat India.

Lantas dia berikrar kumpulannya akan bergerak bersendirian dan bertanding 15 kerusi Parlimen dan 30 DUN yang mempunyai antara 20 hingga 30 peratus pengundi India. Uthayakumar mungkin menggunakan Hulu Selangor untuk mengotakan ancamannya.

Kerusi Hulu Selangor menjadi kosong akibat kematian Ahli Parlimen PKR Dr Zainal Abidin Ahmad pada 26 Mac. Dalam pilihan raya umum 2008, Dr Zainal menang tipis dengan majoriti 198 undi. Dia memperoleh 23,177 undi berbanding G. Palanivel 22,979 undi.

Memandangkan majoriti pemilih Hulu Selangor Melayu, maka tidaklah memeranjatkan jika ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, akan berasa kecewa jika calon Umno tidak dipilih mewakili BN. Apatah lagi di saat Umno dikatakan semakin pulih tetapi pemuka Umno didakwa terlalu tunduk kepada tuntutan kaum minoriti.

Saturday, March 20, 2010

Krisis MCA: "Ong"kah Ong Lwn Ong?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Mutakhir, 28 Mac] -- PRESIDEN baru MCA, Dr Chua Soi Lek (901 undi) menewaskan Ong Ka Ting (833 undi) dan Ong Tee Keat (578 undi). Timbalan Presiden, Liow Tiong Lai (1,171 undi) mengalahkan Kong Cho Ha (1,106 undi).

[Posting Asal]

BEKAS Presiden MCA, Ong Ka Ting, dikatakan akan masuk gelanggang semula manakala Ong Tee Keat akan pertahankan jawatannya.

Gara-gara Ong Ka Ting lawan Ong Tee Keat ini cukup menarik. Peluang dan risiko sama besar dan sama berat.

Ong Tee Keat mustahil akan berpakat dengan bekas Timbalan Presiden, Dr Chua Soi Lek. Sebaliknya adalah pelik kalau Dr Chua Soi Lek tidak cuba rebut jawatan daripada Ong Tee Keat.

Ong Tee Keat dan Dr Chua musuh ketat. Dari awal lagi Ong Tee Keat tidak mahukan Dr Chua Soi Lek. Itulah pun punca pecah-belah dalam parti Cina Barisan Nasional itu.

Tetapi ada ura-ura yang dua musuh itu akan berpakat untuk menyekat Ong Ka Ting kalau dia benar-benar bertanding.

Soalnya, adakah perlawanan Ong dengan Ong ini akan membawa “ong” (tuah) kepada Persatuan Cina Malaysia atau memburukkan lagi nasib buruknya?

Ong Ka Ting kata, dia keluar daripada persaraan untuk menyelamatkan MCA. Ong Tee Keat kata, dia berhak mempertahankan jawatannya.

Ong Ka Chuan, saudara darah daging Ong Ka Ting kata, kepulangan saudara kandungnya itu meluaskan lagi pilihan perwakilan.

Soalnya, apakah akan muncul semula abang-adik Ka Ting dan Ka Chuan itu nanti akan menenteramkan keadaan atau menambah kekacauan?

Ong Ka Chuan tentu tidak mahu lepas peluang mengekang harapan Dr Chua Soi Lek yang mengalahkannya dalam pertandingan Timbalan Presiden dua tahun lalu.

Pepatah Cina berkata, tidak mungkin dua ekor harimau (jantan) boleh berkongsi sebuah bukit (melainkan di bukit kenang-kenangan macam Bukit Cina).

Menyebut Bukit Cina, teringat saya kepada Allahyarham datuk saya, seorang haji, yang menyertai perarakan jenazah kawan-kawan Cinanya atas semangat kejiranan dan kerakanan.

Dr Chua, yang tidak syak lagi harimau jantan hebat, tentu tidak akan membiarkan harimau lain berkongsi bukit dengannya.

Kalau ada calon yang layak menggunakan lambang harimau, orang itu tidak lain tidak bukan adalah Dr Chua dari Batu Pahat.

Meminjam ungkapan kegemaran Ali G (alter ego pelawak Inggeris, Baron Sasha Cohen) saya “respect” Dr Chua. Dalam bahasa basahan, kita kata tabik spring.

Apa tidaknya. Walaupun disekat dan disensasikan sebagai pelaku seks bebas, namun dia menang besar jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2008.

Jadi, siapakah agaknya yang akan menjadi Wu Song, pembunuh harimau tersohor dalam cerita rakyat Cina, untuk menyembelih Dr Chua?

Sedikit lagi mengenai Wu Song. Walaupun dia seorang pemabuk, tetapi hatinya mulia. Selain membunuh harimau, dia juga membunuh kakak ipar dan kekasih kakak iparnya bagi membela kematian abangnya yang dikhianati.

Ironinya, kerana wira rakyat macam Wu Songlah, hampir habis harimau di Negeri China dibunuh dan dimakan. Menurut stesen televisyen Discovery Channel, tidak sampai 50 ekor harimau liar tinggal di Negeri China.

Harimau dilindungi di Negeri China manakala undang-undang sedang diperkenalkan untuk mengharamkan anjing dan kucing daripada dijadikan makanan.

Berbalik kepada pertandingan baru MCA, ramalan oleh akhbar Nanyang Siang Pau meletakkan Dr Chua di hadapan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Pemecahan undi 2,400 perwakilan oleh dua Ong diramalkan memberi kelebihan kepada Dr Chua.

Soalnya, bolehkah sesiapa pun yang memenangi pertandingan tiga penjuru ini menjadi presiden yang kuat, dihormati dan boleh menyatupadukan semula MCA atau parti itu akan berpecah tiga?

MCA memerlukan kepemimpinan yang kuat dan dihormati kawan serta lawan. Pencabar MCA adalah DAP dan sedikit sebanyak, PKR.

Perbezaan antara MCA dengan DAP ialah MCA demokratik dan DAP autokratik. Lazimnya, parti Cina atau yang majoriti penyokongnya orang Cina lebih kuat apabila ketuanya autokratik macam Lim Kit Siang atau Lee Kuan Yew di Singapura.

Sebab itulah Negeri China bersedia membebaskan sistem ekonomi, tetapi tetap mempertahankan sistem satu parti. Pemimpin Singapura dan China sudah nampak betapa kacau-bilaunya Taiwan apabila didemokrasikan – bertumbuk dan berkuntau tidak habis-habis dalam Parlimen.

Situasi di Negeri China, 99 tahun selepas direpublikkan, masih jauh tersimpang daripada “Tiga Prinsip Rakyat” (Three Principles of the People) yang diidamkan oleh pengasasnya Dr Sun Yat-Sen iaitu nasionalisme, demokrasi dan kehidupan rakyat.

Thursday, March 18, 2010

Mi Abu Dan Nasi Bungkus Upih

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI pembahas blog kita ini bertanya kalau saya menemui tempat makan istimewa. Jadi saya hendak berkongsi sedikit maklumat mengenai beberapa penemuan baru dan penemuan semula makanan dan lokasi menarik.

Rabu 10 Mac, saya diperkenalkan semula kepada cucur udang Pak Mat yang terkenal di Alor Setar itu selepas lebih 40 tahun.

Pengerusi syarikat saya, Bisharuddin Mohd Noor Basha (Datuk) kaki makan. Dialah yang bawa saya ke gerai Pak Mat di pasar malam PKNK di Alor Setar. Seorang lagi kaki makan adalah Ahmad A Talib (Datuk blogger Pahit Manis).

Masa saya bersekolah dan bekerja di Alor Setar antara tahun 1959 dan 1970, cucur udang Pak Mat sudah terkenal. Gerainya terletak di White Palace, bersebelahan Pekan Rabu.

Pak Mat dah lama mati dan bazar White Palace dah lama roboh. Perniagaannya diteruskan oleh anak cucunya. Mereka ada sebuah kedai di Jalan Tun Abdul Razak (Alor Setar) dan perniagaan bergerak di dua lokasi pasar malam iaitu di kawasan lapang berhampiran bangunan PKNK dan di Mergong.

Pada waktu itu, tidak jauh dari White Palace ada sebuah lagi tempat makan diberi nama Padang Pasir. Nasi mamaknya murah dan sedap. Gulai (kari) udang kertas adalah keistimewaan. Macam White Palaca, Padang Pasir sudah lama roboh.

Kami juga pergi makan mi Abu di Jalan Sultanah. Zaman saya bersekolah dulu, jalan itu dikenali sebagai Jalan Day.

Abu atau Pak Abu adalah seorang India Muslim yang kedai (lebih tepat dipanggil gerai) pertamanya di Jalan Langgar, berhadapan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Pak Abu sudah lama mati, tetapi mi rebusnya yang terkenal terus dihidangkan ala-francais di beberapa lokasi seperti di Jalan Sultanah, Jalan Telok Wan Jah dan Jalan Pegawai.

Masa saya bersekolah di Saint Michael School dan KSAH, Pak Abu jual nasi lemak, mi rebus, mi goreng dan pasembor (rojak ala-India Muslim). Karena murah dan strategik, gerai Pak Abu jadi pilihan murid St. Michael dan KSAH.

Sepinggan nasi lemah ala-India Muslim Kedah dengan separuh telur rebus dan sekeping daging atau hati, harganya 30 sen.

Masa bersekolah Melayu di Pendang pada tahun 1950an, saya jarang makan di kantin kerana kesuntukan duit. Jadi saya bawa bekal. Nasi putih, nasi lemak, pulut biasa atau pulut lemak.

Kalau nasi putih, lauknya ikan atau telur goreng. Nasi lemak sambal ikan bilis dengan telur rebus atau goreng. Selalunya telur itik sebab telur ayam untuk ditetaskan atau dijual.

Bekal dibungkus dalam kotak yang diperbuat daripada upih dan dilapik dengan daun pisang layur. Gabungan upih dan daun pisang layur membuatkan makanan segar dan harum baunya.

(Upih pinang banyak kegunaannya. Selain dijadikan mainan seperti digambarkan oleh kartunis Lat, ia boleh dibuat bahan bungkusan dan timba. Timba upih cukup sesuai untuk mencedok air dari perigi cetek pada musim kemarau. Oleh kerana ia ringan, ia tidak mengeruhkan air.)

Akibat keletihan mengayuh basikal dan berjalan kaki, bekal habis dimakan sebelum kelas bermula. Kami makan dalam kebun getah di sebelah pagar sekolah. Pada waktu rehat kami main dan bila dahaga minum air dari telaga.

Kepada yang minat nasi lemah bungkus daun pisang, saya ada dua cadangan. Pertama di kawasan R&R Bukit Gantang (kedua-dua belah lebuh raya). Nasi lemah ikan masinnya perlu dicuba.

Kedua, di kedai kopi mamak kegemaran saya bernama Restoran Hathija Maju di Jalan SS7/10, Kelana Jaya. Nasi lemah bungkus daun pisang buatan orang Melayu dihidangkan pada sebelah pagi dan petang lepas jam 5.30.

Dalam perjalanan balik dari Alor Setar, kami singgah di Sungai Sedim, kira-kira 30km dari pekan Kulim, untuk mencuba “Tree Top Walk” yang saya dapati cukup mengagumkan.

Jambatan yang dibina di celah-celah pokok rimba dara itu adalah sepanjang 925 meter – dekat-dekat 1 kilometer – dan pada tempat-tempatnya, ketinggian dari paras bumi melebihi 20 meter atau 60 kaki. Boleh gayat dan mencemaskan.

Kalau nak cuba capati, cadangan saya ialah kedai Punjabi bernama “Santha Sweet House” di belakang Hospital Tawakal, Jalan Pahang. Jangan keliru, yang pakai serban dan beragama Sikh tu orang yang asal usulnya dari negeri Punjab di India. Mereka bukan orang Benggali seperti kita kelirukan.

Orang Benggali seperti yang kita selalu kaitkan dengan roti Benggali berasal dari negara Bengal yang terletak Teluk Benggala. Ramai penduduk Bengal beragama Islam. Tapi jangan keliru pula, di Pakistan pun ada wilayah Punjub.

PS: Sdr OKJ dan semua yang bercuti sekolah, selamat makan angin dengan anak-anak.

Monday, March 15, 2010

Pengajaran Daripada Penangguhan Bil GST

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BULAN lalu kita bincang dengan panjang lebar mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Servives Tax – GST) bila pakar percukaian kerajaan, Datuk Kamariah Hussain, dilaporkan berkata cukai itu tidak akan membebankan pengguna.

Katanya, GST akan mengurangkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Ertinya beban cukai rakyat jelata berkurangan RM1 bilion.

Tetapi tidak lama sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata GST akan meningkatkan hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion. Maksudnya beban pengguna meningkat RM1 bilion.

GST ni cerita lama. Zaman Tun Hussein dulu dah cakap. Zaman Tun Dr Mahathir pun cakap juga. Tapi hanya pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini era Mohd Najib Abdul Razak, pemerintah beria-ia melaksanakannya.

Kita tidak menafikan keperluan kerajaan terus mencari hasil untuk mentadbir dan membangunkan negara. Tetapi kita juga tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikan rakyat jelata.

Sekarang, setelah jelas bahawa cadangan GST itu mendapat tentangan rakyat jelata dan menghadapi ancaman tunjuk perasaan di Bangunan Parlimen, Pentadbiran Mohd Najib membatalkan bacaan kali kedua rang undang-undang cukai baru itu.

Kita harap penangguhan ini bukan taktik politik atau percubaan mengelirukan perbahasan mengenai isu ini, tetapi kerana pemerintah telah sedar bahawa ia telah tergesa-gesa membentangkan rang undang-undang itu.

Kalau ditanya para pakar dan penasihat yang hanya peduli soal hasil kerajaan tetapi kurang peduli atau tidak peduli akan kesuntukan hidup rakyat jelata, memanglah apa jua kaedah yang boleh menambah hasil kerajaan adalah baik.

Jadi, eloklah mulai sekarang pemerintah turut mendengar keluh kesah dan berdialog dengan rakyat jelata, pembayar cukai dan pengundi daripada hanya mengiakan nasihat pakar dalam dan luar negara. Mereka ini hanya peduli mengenai gaji dan yuran yang mereka peroleh.

Kalau tidak, bukan sahaja pemerintah akan menjadi lebih tidak popular, tetapi yang lebih memalukan ialah apabila ia terpaksa melakukan “flip-flop” pada saat-saat akhir.

Apatah lagi Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa era Internet telah merobohkan banyak benteng yang memisahkan manusia.

Kini, jika beliau peka, beliau boleh memperoleh maklum balas bukan sahaja daripada media massa arus perdana, tetapi lebih banyak dan meluas daripada saluran maklumat yang berlandaskan Internet.

Hal yang sama haruslah juga diamalkan dalam usaha merangka Model Baru Ekonomi dan apa jua dasar atau rancangan yang menyentuh kepentingan umum.

Lagipun, apalah salahnya pemerintah mendengar keluh-kesah rakyat jelata dan meminta nasihat mereka yang berpengalaman, khasnya veteran dalam pelbagai bidang.

Orang lama ni mereka tidak ada cita-cita lagi selain membantu agar masa depan anak cucu mereka dan anak cucu kita sejahtera, aman dan makmur.

Rasa-rasanya, tidak ada seorang pun daripada mereka yang hendak jadi Perdana Menteri atau Presiden Umno semula.

Sebaliknya, orang muda dan para penasihat yang sentiasa memuji dan memuja Perdana Menteri itulah yang perlu diperhatikan.

Bukan apa, kita takut mungkin – saya ulang, MUNGKIN -- ada di antara mereka yang bercita-cita politik dan korporat atau setidak-tidaknya pun untuk menjaga dapur agar terus berasap.

Ibarat kata ungkapan Melayu, sokong membawa rebah! Nasihat umpama jadam. Pahit, tetapi kalau dituruti boleh menjadi penawar kepada racun yang paling bisa. Gula memang manis, tetapi mati semut kerana gula.

Friday, March 12, 2010

MPM Uji Dasar Umno Dan Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADALAH memalukan apabila muncul suara-suara sumbang daripada segelintir orang Umno yang mendakwa kononnya Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) adalah “outfit” Umno.

Inilah cara kera sumbang yang mahu tumpang sekaki apabila buah di pokoknya mula kehabisan atau tidak sesedap buah di pokok orang lain.

Kera sumbang Umno ini sepatutnya bertanya mengapa begitu banyak NGO Melayu dan pemikir Melayu berdiri di belakang Ibrahim Ali bagi menubuhkan MPM jika bukan kerana kecewa dengan sikap Umno dan parti-parti politik Melayu/Islam.

Seperti kita maklum, pada 27 Feb. lalu, sebanyak 76 NGO Melayu bergabung bagi menubuhkan MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam.

Ini adalah perkembangan yang sihat kerana buat sekian lama suara orang Melayu/Islam terlalu dipolitikkan oleh Umno dan Pas sehingga mula hilang taring dan keberanian, khasnya selepas Pas bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kemunculan suara alternatif Melayu yang bebas politik seperti MPM boleh menghidupkan kembali kepelbagaian suara orang Melayu/Islam dan menjadi pemangkin kepada penyemarakan semula dialog agama dan bangsa serta mengingatkan Umno dan Pas mengenai peranan mereka.

Secara kebetulan, penubuhan MPM berlaku seminggu selepas Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan oleh media massa sebagai menggesa Umno melakukan perubahan cara bertindak (paradigm shift) supaya mendapat sokongan orang Melayu dan bukan Melayu.

Bernama melaporkan yang Perdana Menteri menggesa Umno mengambil berat kebajikan orang lain “agar mereka menghormati parti kita”dan jika Umno dihormati, akan wujudlah integrasi dan perpaduan.

Malaysian Insider pula memetik beliau sebagai berkata, ini boleh dilakukan dengan menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera di ibu negara pada hari Sabtu, 20 Feb.

“Mengapakah mereka tidak melihat kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka? Mengapa mereka pergi kepada pembangkang?” tanya Mohd Najib.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan kepemimpinan orang Melayu, selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Kita mesti menjaga kaum-kaum lain agar mereka hormat kepada kita,” katanya.

Tidak ada salah atau celanya saranan Perdana Menteri itu. Malah orang Melayu sepatutnya berasa lebih lega dengan “jaminan” beliau bahawa kepemimpinan Melayu adalah selaras dengan konsep 1Malaysia.

Cuma kita harus bertanya apakah masih tidak cukup apa telah Umno lakukan untuk orang bukan Melayu selama ini dan adakah sudah cukup apa yang dilakukannya untuk orang Melayu sendiri?

1. Bukankah selama ini Umno membela nasib semua kaum di Malaysia secara langsung dan tidak langsung sebagai parti induk Perikatan/Barisan Nasional?

2. Bukankah Umno yang membawa masuk kaum pendatang Cina dan India ke dalam proses perundingan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu yang sekali gus menjadikan mereka warganegara?

3. Bukankah kata putus Umno atau lebih tepat kata putus Perdana Menteri Umno menentukan dasar negara yang merangkumi semua kaum?

4. Apakah matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kalau bukan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum?

5. Diputar-lajukan ke hadapan ke tahun 2010. Bukanlah Perdana Menteri dari parti Umno yang menliberalisasikan syarat pelaburan yang tidak lagi mewajibkan penyertaan modal Bumiputera dalam 27 bidang industri perkhidmatan?

6. Bukankah Umno juga berperanan membolehkan orang bukan Melayu menjadi senang dan kaya raya di negara ini lebih daripada orang Melayu sendiri?

7. Bukankah Perdana Menteri dari parti Umno yang menguar-uarkan dasar meritokrasi dan membuka pintu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada calon bukan Melayu sehingga melepasi nisbah kaum?

8. Bukankah dasar kerajaan pimpinan Umno yang membenarkan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di mana bilangan pelajar Melayu sangat kecil?

9. Atau Perdana Menteri bermaksud mengatakan yang pembesar dan penggiat Umno perlu terbabit terus membantu masyarakat bukan Melayu seperti memberi derma dan bantuan, menguruskan mayat, menjadi bentara di majlis kenduri kahwin dan mencari gadis Cina atau India yang lari dari rumah?

10. Bukankah tanpa Mohd Najib membuat saranan itu pun, sudah cukup ramai orang Melayu yang berasa Umno lebih menjaga hati dan kepentingan orang bukan Melayu daripada hati dan kepentingan orang Melayu?

11. Atau tidakkah pembabitan terus ala Michael Chong oleh Umno dalam hal ehwal masyarakat bukan Melayu akan mengurangkan dan mengganggu-gugat peranan parti-parti BN yang mewakili kaum-kaum bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah?

12. Benar kata Mohd Najib yang Umno perlu berubah. Tetapi bolehkah Umno berubah apabila Ketua Bahagian hanya peduli kedudukan sendiri dan bukan kepentingan ahli dan orang Melayu?
13. Bagaimanakah Umno boleh diterima oleh orang bukan Melayu sedangkan orang Melayu sendiri muak dengan pembesarnya yang terbabit dengan politik wang, mabuk kuasa dan mementingkan tembolok sendiri?

14. Atau pembesar Umno hanya mahu mendengar puji-pujian, sanjungan dan sambutan besar-besaran dengan dipagari pegawai tinggi kerajaan, pegawai khas, pengawal keselamatan dan kaki ampu?

15. Dan bukankah kerajaan pimpinan Umno yang membatalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ditentang oleh beberapa pihak termasuk Dong Jiao Zong?

16. Jadi apa lagi yang tidak Umno lakukan untuk semua bangsa di Malaysia melainkan menukar namanya kepada United Malaysian National Organisation?; dan

18. Pas pula sudah menjadi kacau-bilau dalam matlamatnya memperjuangkan Islam kerana terlalu bertolak-ansur dengan DAP dan PKR seperti yang terjadi dengan isu kalimah Allah baru-baru ini.

Akhir kalam, buat peringatan kepada orang Melayu, saya petik pesanan Presiden pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang berbunyi:

“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai lain orang menggesek (dan) kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya.” -- (Daripada buku Amanat Presiden Umno 1946-2009 terbitan Berita Publishing.)

Saturday, March 06, 2010

MEB: Pemerintah Sedia Hadapi Risiko Politik

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

OLEH sebab saya, seperti juga rakyat jelata Malaysia yang lain, tidak “privy” kepada Model Ekonomi (Model Baru Ekonomi?) – New Economic Model – yang khabarnya akan diumumkan penghujung bulan ini, maka saya hanya boleh bertanya dan membuat andaian.

Bagi saya, buatlah apa pun dan gunakanlah apa jua label, tetapi semuanya tidak berguna dan tidak sah jika Perlembagaan dan Rukun Negara tidak dihormati.

Ia tidak berguna dan tidak sah jika kepentingan majoriti, sama ada daripada aspek bangsa, agama, status ekonomi atau wilayah diabaikan.

Perlembagaan menjamin hak semua rakyat jelata dan memberi beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah sebagai bangsa tuan rumah.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan amat jelas dan terperinci mengenai hal ini dan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong melaksanakannya.

Kalau pemerintah boleh melesenkan orang bukan Islam membuka kedai judi, kedai arak dan pusat-pusat istirahat yang kemudiannya menjadi sarang pelacuran, kenapa pemerintah tidak boleh terus mengeluarkan lesen dan memberi biasiswa, latihan dan pekerjaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Benarlah tempoh laku DEB sudah berlalu dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional dan selepas itu oleh Dasar Pembangunan Wawasan, tetapi hak istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak kekal.

Kemiskinan kembali mengancam dan jurang pendapatan semakin meluas. Matlamat menyusun semula masyarakat masih belum terlaksana.

Jadi, bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak yang miskin kerana sekarang masa melaksanakan dasar ekonomi bebas?

Bolehkah sesiapapun, khasnya para pembesar Melayu dan Bumiputera dalam pemerintahan, mengatakan persetan (go to hell) dengan orang miskin dan orang berpendapatan rendah kerana pemerintah wajib menghapuskan subsidi, membuka pasaran dan melaksanakan tender terbuka selaras dengan tuntutan negara maju?

Perkara 153 Perlembagaan

Apakah peruntukan 153 Perlembagaan seperti berikut tidak bermakna lagi?

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.”

Apakah keghairahan pemerintah memperkenalkan MEB yang dikatakan akan membebaskan ekonomi daripada subsidi dan membuka seluas-luasnya kepada persaingan global menghalalkan segala-galanya.

Bukankah Perkara yang sama mengatakan: “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.”?

Apakah subsidi terlalu buruk dan terlalu membebankan pembayar cukai sehingga pemerintah perlu mengorbankan kepentingan rakyat jelata miskin tanpa mengira bangsa, tempat dan wilayah?

Apakah kontrak pembelian (procurement) pemerintah terlalu besar sehingga negara luar seperti Amerika Syarikat wajib turut diberikan habuan?

Atau apakah Perjanjian Perdagangan Bebas begitu penting dan kritikal sehingga hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan terpaksa diabaikan?

Umno dan Risiko Politik

Nampaknya begitulah. Apa tidaknya, apabila Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, pada 5 Mac dengan angkuh mengatakan risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB.

Dengan sombong juga dia berkata persaingan mungkin tidak disukai oleh sesetengah penyokong Barisan Nasional “yang menyokong agar dasar ekonomi yang berasaskan bangsa dan naungan politik diteruskan.”

Soalnya, apakah Umno yang ditubuhkan sebagai parti nasionalis Melayu yakin hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dikorbankan atas nama MEB, penghapusan subsidi dan persaingan global?

Atau Umno bukan lagi United Malay National Organisation yang memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi sudah menjadi United Malaysian Nasional Organisation?

Apakah mekanisme perundingan massa seperti Kongres Ekonomi Bumiputera dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) tidak berguna lagi kerana kini wujud Majlis Penasihat Ekonomi?

Buat sementara waktu ini, nampaknya kita rakyat jelata hanya boleh bertanya, berharap dan berbahas sesama sendiri dalam sidang, seminar dan perhimpunan massa anjuran badan-badan bukan kerajaan Melayu.

Kalau seperti kata Ahmad Husni Hanadzlah, risiko politik tidak akan menghalang pemerintah daripada melaksanakan MEB, maka apa yang tinggal kepada kita adalah menanti saat ia datang melawati kita dan kita bertindak balas ke atasnya.

Thursday, March 04, 2010

PKR's Leadership Of PR Under Pressure

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE, MAR. 6] -- PKR has sacked its Kulim-Bandar Baru PM, Zulkifli Noordin and urged him to vacate the seat. But he is allowed to appeal against the decision.

[Original Post]

PARTI Keadilan Rakyat leaders and the party’s growing league of defectors are washing their dirty linen in public, and the juicy inside story of the Anwar Ibrahim led opposition party is spilling out.

The party’s deputy president, Syed Husin Ali, on March 2 revealed what amounted to an acknowledgement that the reform-driven party has some very rich backers.

So rich that one of them was able to pay the ex-secretary general, Salehuddin Hashim, RM9,000 a month and the former Penang Deputy Chief Minister, Mohd Fairus Khairuddin, was paid RM4,000 despite quitting the post.

Salehuddin, once a senior executive in the UEM Group, left the party on Mar.1 while Mohd Fairuz exited on Mar. 2 and announced that he was joining Umno.

Yesterday (Mar. 3), the PKR MP for Bagan Serai, Perak, Mohsin Fadzli Samsuri, also left to become an independent legislator.

Other PKR MPs who also left the party to become independent members are the Bayan Baru representative Zahrain Hashim and the Nibong Tebal representative Tan Tee Beng.

Mohsin was reported as saying that he exited the party because he was concerned with Pakatan Rakyat’s politics, especially its stance on use of the term “Allah” by non-Muslims.

In what appears to be an attempt to discredit the defectors, Syed Husin claimed that Salehuddin was paid RM9,000 a month as secretary-general, and said he left because he was not being named head of Perangsang.

“The payment was not made by the party but by one of our supporters,” he told the Press.

It must have been a cultural shock for Syed Husin, who is used to the selflessness and poverty of his former socialist crowd, to deal with the selfishness and wealth and his present PKR flock.

Salehuddin responded by warning those attempting to strip him that they could end up losing their underpants. He was at the Press conference to announce the resignation of the Bagan Serai MP from the party.

As for PKR’s role as the leading PR component, its position may sooner or later become untenable despite the assurances by the DAP and Pas.

The DAP superemo, Lim Kit Siang, said Anwar Ibrahim would remain Parliamentary Opposition Leader and PR’s choice for prime minister.

It was a statement laden with hidden meanings when Lim said Anwar would remain Parliamentary Opposition Leader and PR’s choice for prime minister “even if the number of PKR representatives falls below that of the DAP.”

With three MPs gone, PKR is now even with the DAP at 28 each. Pas has 23 seats. PKR won 31 seats at the 2008 general elections.

Why such a strong support and endorsement for Anwar, who is now on trial for sodomy, from Lim? The answer is simple. Since a PM has to be Muslim, Lim knows that only PKR and Pas can supply the candidate.

The DAP chief surely cannot imagine having a Pas leader as the replacement for Anwar as the candidate for the PM post should PR win the next GE.

But what if Anwar is found guilty? Lim had recently stated that PR would survive without Anwar. But for that to happen, there has to be an acceptable replacement. It cannot be from Pas because the DAP is unlikely to accept it.

The highest-ranking Muslim (Malay) in the DAP is Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, the party’s National Vice Chairman, who is now a senator. Could he be the dark horse? Or could it be the pro-tem chairman of PR, Mohd Zaid Ibrahim of PKR? The DAP should not have any problem supporting his candidacy.

Anwar also received that endorsement of Pas when its lawmakers issued a joint statement pledging support for Anwar to continue as de facto leader of the opposition alliance.

But so far only 12 out of 28 remaining PKR MPs had so far openly pledged loyalty to the party. They quickly blamed Umno and Barisan Nasional for allegedly attempting to divide the party by spreading rumours that more PKR representatives would jump ship.

Malaysiakini news portal, in an analysis entitled “Opposition Put On A Brave Face Amidst Defections”, among other things noted:

“After stunning success in the 2008 polls, which also netted the opposition control of five states, Anwar plotted to seize power by securing mass defections from the BN government.

“But it was the BN that ended up drawing defectors, wresting control of Perak when three state assemblymen jumped ship in early 2009.”

And if academician turned politician, Dr Mansor Othman was any good at making prediction, more PKR leaders will leave the party. Dr Mansor, who is the party’s Penang Chairman and Deputy Chief Minister 1, told the Press that he expects at least five more members, including elected representatives, to leave the party soon.

That cannot be good for the “reformasi” party and its PR allies.

Monday, March 01, 2010

Royalti Minyak: Mohd Najib Lwn Ku Li

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PRESIDEN Umno Mohd Najib Abdul Razak pada 25 Februari berkata dia menyerahkan kepada keahlian parti memutuskan jika tindakan perlu diambil ke atas Tengku Razaleigh Hamzah.

Tindakan Ku Li menentang dasar kerajaan pusat mengenai tuntutan royalti minyak/gas oleh kerajaan Kelantan dilaporkan mendapat bantahan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi Umno. Mereka mempersoalkan “kekebalan” bekas Naib Presiden Unmo itu.

Mohd Najib menyatakan pendirian itu ketika ditekan oleh pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MT.

Nampaknya, Mohd Najib sama ada mahu mencari jalan selamat mengelakkan konfrontasi dengan Ku Li atau dia mahu ahli Umno membantunya menamatkan riwayat politik Ku Li.

Umno sudah biasa dengan taktik main selamat Mohd Najib. Tetapi perlu disebutkan juga yang Ku Li telah mencuba menyekat Mohd Najib daripada mengisi jawatan presiden dalam pemilihan Umno tahun lalu tetapi gagal.

Sebagai veteran terakhir Umno yang masih cergas dalam politik dan mewakili sebuah kerusi Parlimen, Ku Li mungkin berasa dia tidak akan rugi apa-apa dengan tindakannya itu.

Kalau dia dikenakan tindakan oleh Umno, dia tetap akan menjadi hero kepada sesetengah orang dan pihak. Bagi ahli dan penyokong Umno Kelantan, isu ini umpama telan mati ibu, luah mati bapa.

Tetapi sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mohd Najib tidak boleh berdiam diri membenarkan seorang ahli parti menentang dasar parti dan kerajaan secara terbuka, apatah lagi di saat-saat Umno dilihat sebagai sedang mengalami pemulihan dan pembangkang semakin kelam-kabut.

Serentak itu Umno dan Pas berdepan dengan kepelbagaian suara Melayu/Islam yang semakin lantang dengan penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kuala Lumpur Sabtu lalu (27 Feb.).

Maka bagi seorang pembesar Umno seperti Ku Li bersekongkol dengan parti lawan adalah bukan alang-kepalang kesalahan.

Kalau Mohd Najib tidak bertindak tegas dan pantas, dia akan dianggap tidak tegas dan mungkin pembesar Umno dan Barisan Nasional lain mungkin mengikut langkah Ku Li memberontak.

Inilah dilema Mohd Najib. Apatah lagi, Ku Li bukan orang lain, tetapi antara guru yang diamanahkan oleh Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, untuk mendidiknya.

Jika berlaku konfrontasi terbuka antara Mohd Najib dan Ku Li, ia adalah perlawanan yang cukup menarik.

1. Ia berupa perlawanan antara murid dengan guru. Pasti ada sebab Abdul Razak menghantar anaknya yang baru pulang dari belajar di England berguru dengan Ku Li di Petronas di mana Ku Li adalah pengerusinya;

2. Sama ada kerana keturunan, kebijaksanaan atau ketentuan nasib si murid telah menjadi lebih berkuasa daripada guru;

3. Perlawanan kali kedua setelah Ku Li gagal mencabar Mohd Najib untuk jawatan Presiden Umno pada tahun 2009. Ku Li tidak memperoleh cukup kuota pencalonan bahagian untuk bertanding;

4. Perbezaan pendapat dalam Umno mengenai isu royalti minyak ini akan memberi kesan langsung dan besar kepada keputusan pilihan raya umum akan datang di Kelantan;

5. Cabaran Ku Li ini adalah sesuatu yang Mohd Najib perlu tangani dengan berhati-hati kerana walaupun Ku Li tidak lagi mempunyai kedudukan dalam kepemimpinan tertinggi parti, tetapi dia masih dihormati ramai;

6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Ku Li dianggap sebagai pelindung hak Melayu dan antara beberapa kerat pembesar Umno yang masih berani bersuara;

7. Ku Li pernah menjadi putera mahkota politik Umno selaku naib presiden termuda di era Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Dia kenal benar siapa Mohd Najib;

8. Ku Li menjadi kuasa di belakang gerakan menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan dan mengembalikan pemerintahan Umno pada tahun 1977;

9. Antara 1977 dan 1987 Ku Li menjadi peneraju pembangunan negeri Kelantan di bawah Pelan Pembangunan Negeri Kelantan;

10. Dia tentu sedar dengan hasil minyak yang lebih besar, Kelantan boleh dimajukan semula seperti zamannya dahulu. Kalau dia memihak kepada Pas, kerajaan Pas Kelantan pasti akan meminta nasihatnya;

11. Dia membantu menjatuhkan kerajaan BN Kelantan dan menaikkan semula Pas dalam pilihan raya umum 1990 apabila parti barunya, Parti Melayu Semangat 46 (S46) bersekongkol dengan Pas. Atas sebab itu, Pas sentiasa bersimpati dengan Ku Li; dan

12. Zaman Ku Li menerajui pembangunan Kelantan antara 1977 dan 1987 dianggap sebagai zaman keemasan Umno Kelantan.

Soalnya adakah pendirian beliau mengenai isu royalti minyak ini berupa episod kedua dan terakhir cabarannya terhadap Mohd Najib?

Ku Li tentunya sedar bahawa sama ada dia menjadi duri dalam daging kepada Umno atau dipecat, dia tetap akan menjadi wira di mata ramai ahli Umno dan orang Melayu. Pada usianya sekarang, dia tidak akan rugi apa-apa.

Bagi Mohd Najib pula, bagaimanakah dia mengharapkan keahlian Umno memberi kata putus mengenai Ku Li? Apakah caranya bagi ahli Umno yang berjuta bilangannya itu menyatakan pendirian mereka mengenai tindak-tanduk Ku Li?

Secara tidak langsung, keahlian Umno, melalui mesyuarat agung bahagian awal tahun lalu, telah menyatakan pendirian apabila mereka memberi sokongan sebulat suara kepada Mohd Najib dan menolak pencalonan Ku Li.

Jadi, adalah tidak mustahil bahawa Ku Li menggunakan isu royalti minyak ini untuk memberi kesempatan terakhir kepada dirinya dan kepada Mohd Najib untuk menentukan masa depannya dalam Umno dan BN.

Dia (Ku Li) sama ada kekal dalam Umno sebagai melukut di tepi gantang dan duri dalam daging atau menjadi “man of the hour” dipecat daripada Umno.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).