Monday, February 02, 2015

Ancaman Sistemik Hutang 1MDB


A Kadir Jasin

BERITA terbaru mengatakan bilion-wan (billionaire) nombor dua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan atau lebih terkenal dengan singkatan AK bersedia memberi pinjaman RM2 bilion untuk atasi masalah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

 

Sesiapa saja yang kenal atau tahu modus operandi perniagaan AK akan bertanya: Apakah 1MDB yang ditubuhkan sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) negara akhirnya menjadi hak milik AK?

AK mungkin ketawa ke bank kerana 1MDB
Tidak banyak dilaporkan dan dibahaskan secara terperinci mengenai syarikat tabung berdaulat itu dalam media berbahasa Melayu berbanding media berbahasa Inggeris.

Jadi izinkan saya bercerita selengkap yang mungkin mengenainya agar orang Melayu khususnya dan pengguna bahasa Melayu amnya boleh memahami isu ini dengan lebih mendalam. Berikut adalah maklumat dan isu pokok mengenainya:-

1. 1MDB dilaporkan bertaraf  tabung berdaulat Malaysia. Ertinya ia milik negara. Sebarang kecelakaan yang berlaku ke atasnya menjadi tanggungan negara dan rakyat jelata.

2. Asal 1MDB adalah Terengganu Investment Authority (TIA atau Lembaga Pelaburan Terengganu) yang bertujuan menjamin pembangunan ekonomi Terengganu secara jangka panjang dan lestari sambil memelihara kebajikan ekonomi rakyat Terengganu.

3. Ia ditubuhkan pada tahun 2008 ketika pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan pada waktu (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

4. Diberitakan TIA mempunyai dana (modal) permulaan RM500 juta, tetapi tidak jelas apa yang terjadi dengan wang itu. Ada yang mengatakan ia hangus.

5. TIA diubahkan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada bulan Januari 2009. Pada 22 Julai tahun itu, Mohd Najib, sebagai Perdana Menteri, berkata keputusan menjadikan TIA badan kerajaan pusat bertujuan memperluaskan manfaatnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

6. 1MDB bolehlah dianggap anak didik Mohd Najib. Beliau adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berupa badan pembuat dasar tertingginya.

7. Dalam temu ramah dengan TV3 pada 21 Januari lepas, Mohd Najib berkata kerajaan hanya memperuntukkan sebanyak RM1 juta sebagai modal kepada 1MDB.

8. Mohd Najib adalah ketua eksekutif de facto 1MDB dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat.

9. Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya, PetroSaudi International Limited mengumumkan penubuhan syarikat usaha sama AS$2.5 bilion yang bertujuan mempelopori pengaliran masuk pelaburan terus Arab ke Malaysia.

10. 1MDB berkembang pesat di Malaysia dan luar negara dengan membeli aset-aset prasarana seperti penjana elektrik, membeli konsesi perlombongan dan memajukan hartanah. Ia meminjam (berhutang) dengan banyak dengan menjual bon di dalam dan luar negara.

11. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 ia mempunyai harta bernilai RM51.4 bilion, hutang RM49.97 bilion dan menderita kerugian RM665.4 juta.

12. Ia menjadi kontroversi apabila parti-parti pembangkang, media atas talian, media ekonomi dan penganalisis pasaran mula melaporkan kegiatan luar biasa yang melibatkan seorang misteri bernama Jho Lo (Jho Taek Lo), anak seorang tauke Cina Pulau Pinang. Jho Lo dan beberapa orang rakan Arabnya dari PetroSaudi dikatakan menjadi“otak” (brain) di sebalik kegiatan luar biasa1MDB.

Jho Low anak tauke Cina Pulau Pinang berparti
13. Mereka ini pula menjalani kehidupan mewah (high life) di pusat-pusat hiburan Amerika dengan melibatkan tetamu-tetamu bintang filem, termasuk pelakon filem lucah, dan mendakwa akrab dengan “mogul” filem Hollywood.

14. Dakwaan ini menjadi lebih berwibawa apabila salah seorang daripada mereka, Riza Abdul Aziz, berkongsi menerbitkan filem berjudul “The Wolves of Wall Street” pada tahun 2013 dengan belanja AS$100 juta (kira-kira RM330 juta). Riza adalah anak (Datin Seri) Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

(Dari kiri): Jho Low dan Riza Aziz di pelancaran Wolves of Wall Street
15. 1MDB sekali lagi menarik minat orang ramai apabila ia dilaporkan berbelanja mewah menaja kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2013, khususnya di Pulau Pinang.

16. Enam hari sebelum pengundian PRU 2013 ia membeli 234 ekar tanah pegangan bebas dengan harga RM1.38 bilion di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata harga yang dibayar oleh 1MDB adalah 95% lebih tinggi daripada penilaian bagi tanah di sekitar kawasan itu pada tahun 2011. Tanah yang dibeli itu pula mempunyai ramai setinggan. Ini mencetuskan spekulasi yang Jho Lo, sebagai anak tauke Pulau Pinang, berperanan dalam urus niaga itu.

17. Satu lagi berita sensasi ialah beberapa hari sebelum hari mengundi PRU 2013, 1MDB membawa keluar wang sebanyak RM7.18 bilion untuk dilaburkan dalam bentuk Segregated Portfolio di pusat kewangan luar pantai Cayman Islands.

18. Soal yang kerap ditanya ialah mengapa 1MDB tidak melabur wang itu di Labuan yang setaraf dengan Pulau Cayman. Pengurusan 1MDB dilaporkan berkata Labuan tidak mempunyai instrumen kewangan yang mereka idamkan. Kerajaan mendakwa pelaburan itu telah dilunaskan dan hasilnya dibawa pulang. Tetapi pada 10 Januari lalu, Presiden dan Pengarah Eksekutif baru 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dilaporkan berkata 1MDB gagal memenuhi jadual membawa pulang kesemua wang tersebut.

19. Serentak itu, 1MDB juga gagal membayar balik hutang berjumlah RM5.5 bilion yang diperolehnya daripada konsortium bank tempatan yang dikenal pasti sebagai Maybank, AmBank dan RHB. [Rujukan kepada CIMB terpaksa dipadamkan kerana sebab-sebab tertentu. Sila ambil maklum.]

20. Saya juga menghantar SMS kepada seorang yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan dan pakar dalam hal kewangan serta perbankan. Jawapan beliau berbunyi: “I think your info is inaccurate. You may want to refer to The Edge report. Lots of details there. I believed Edge mentioned about the RM5.5 billion loans from a consortium of five lenders. A portion of the long term debts is supported by cash flow. Another portion of short term loan is to be paid from IPO proceeds or capital injection. As part of credit risk management, banks will normally structure financing based on sources of payment i.e what is the first way out, second way out etc. Also the banks will rely on appropriate covenants and security. Anyway, being a former banker, I can attest that Malaysian banks are well capitalise, well managed with good risk management, has good asset quality and are well supervised and regulated by Bank Negara. Whatever risks they underwrite must be within their risk appetite and guidelines. On the RM5-billion bonds guaranteed by government, the last transacted price (January 26) was at a yield of 4.9% compared to 5.75% coupon, meaning to say that they are traded at a premium. Hope this helps. Regards.” [Saya fikir maklumat anda tidak tepat. Anda mungkin mahu merujuk kepada laporan The Edge. Ada banyak maklumat di situ. Saya percaya The Edge ada menyebut jumlah kira-kira RM5.5 bilion (yang diperoleh) daripada konsortium lima buah bank. Sebahagian daripada hutang jangka panjang itu disokong oleh pengaliran tunai. Sebahagian lagi hutang jangka pendek akan dibayar balik daripada pendapatan IPO (keluaran awam permulaan) atau suntikan modal baru. Sebagai sebahagian daripada pengurusan risiko pinjaman, bank-bank lazimnya akan menyusun pembiayaan berdasarkan sumber pembayaran balik iaitu apakah jalan keluar pertama, kedua dan seterusnya. Bank-bank juga akan bergantung pada perjanjian dan jaminan yang bersesuaian. Apa pun, sebagai bekas eksekutif perbankan, saya boleh memberi jaminan bahawa bank-bank Malaysia mempunyai modal yang cukup besar dan diurus berasaskan amalan risiko yang baik, mempunyai aset bermutu dan dikawal selia serta diawasi dengan rapi oleh Bank Negara. Apa jua risiko yang mereka jamin haruslah dalam lingkungan selera dan garis panduan mereka. Mengenai bon RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan, harga urus niaga terakhir (Januari 26) membawa hasil 4.9% berbanding nilai kupon 5.75%. Ertinya, bon-bon itu diniagakan pada kadar harga tinggi (premium). Harap penjelasan ini membantu. Salam.”

21. Apa yang beliau katakan ialah lima buah bank tempatan telah memberi pinjaman RM5.5 bilion kepada 1MDB. Walaupun 1MDB gagal bayar balik hutang itu dalam jangka masa yang dijanjikan, ia mempunyai keupayaan untuk menjelaskannya.

22. Kalau 1MBD gagal membayar balik hutang itu, bebannya akan ditanggung oleh kerajaan kerana ia memberi jaminan berjumlah RM5 bilion. Kesimpulannya rakyat jelata dan pembayar cukailah yang akan tanggung bebannya.

23. 1MDB sudah beberapa kali dapat sambungan dan tarikh terakhir menjelaskan hutang itu adalah Jun ini. Kalau ia gagal juga, maka jadilah hutang lapuk (non-performing loan/NPL) dan bank-bank yang memberi pinjaman terpaksa membuat peruntukan dalam akaun untung-rugi mereka.

24. Bank yang paling teruk hadapi risiko itu adalah Maybank milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan RHB milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF). Inilah yang saya ulangi berkali-kali. Kita tidak boleh membenarkan syarikat bersangkutan kerajaan (GLC) dan tabung pelaburan bersangkutan kerajaan (GLIC) dijadikan lubuk duit bagi membiayai 1MDB.

25. Selain itu, sistem kewangan dan perbankan negara terdedah kepada ancaman sistemik (systemic risk) kalau 1MDB gagal membayar balik hutangnya yang begitu besar. Ada sumber mengatakan keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB kini bersamaan 4% keluaran dalam negara kasar (GDP) – hampir serupa dengan konglomerat Renong-UEM ketika krisis kewangan Asia 1997/98 yang memaksa kerajaan melakukan operasi penyelamatan dengan mengambilnya balik daripada (Tan Sri) Abdul Halim Saad.

27. Kebimbangan mengenai kegagalan sistemik ini menjadi ketara apabila Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, berkata Bank Negara tidak akan sekali-kali membenarkan mana-mana syarikat menyebabkan wabak sistemik ke atas sistem perbankan negara. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kegagalan 1MDB membayar balik hutang dalam masa yang dijanjikan.


28. Tanpa kegagalan sistemik pun, masalah hutang dan modus operandi perniagaan 1MDB berkemungkinan menyebabkan ancaman terhadap penarafan berdaulat (sovereign rating) Malaysia. Akhbar The Star melaporkan pada 13 Januari lalu yang agensi penarafan antarabangsa Fitch mengekalkan penarafan Malaysia sebagai “negatif” – setaraf dengan Mongolia (negara mendiang Altantuya Shaariibuu) – sedangkan lapan lagi negara pasaran membangun ditarafkan sebagai “stabil”.

29. Mana-mana orang yang faham ekonomi akan gementar apabila disebut “systemic failure”. Itulah yang hampir-hampir melanda kita ketika krisis 1997/98 tetapi, Alhamdulillah, berjaya disekat oleh Perdana Menteri ketika itu, (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

30. Sama ada 1MDB mampu membayar faedah dan seterusnya melunaskan hutangnya bergantung kepada kejayaan menyenaraikan aset jana kuasa yang telah beberapa kali ditangguhkan.

31. Pada 16 Januari lalu, media massa melaporkan bahawa Tawaran Awam Permulaan (IPO) 1MDB yang pada mulanya dijadualkan April ini telah terpaksa ditangguhkan sehingga separuh kedua tahun ini. Ia dijangka menghasilkan AS$3 bilion (kira-kira RM10.74 bilion).

32. Kesimpulannya, sama ada kita suka atau tidak, isu 1MDB ini sudah menjadi isu yang melibatkan kita semua dan sekiranya gagal ditangani akan membebankan kita dan anak cucu kita untuk jangka masa yang lama. Jadi kita wajib faham dan mendesak agar tindakan terbaik diambil bagi mengelakkan sebarang kecelakaan. Inilah antara beban besar yang menguji kewibawaan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Wallahuaklam.

Nota Kaki: Penulis adalah juga Adjunct Professor, Othman Yeop Abdullah (OYA) Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia, Kedah.

56 comments:

dt rahman pekan said...

salam dato kj,
tk atas usaha memberi penjelasan yg bolih d fahami pembaca yg rabun ekonomi saperti saya.
sebelum tun m memperkenalkan 'financial control mechanism' dlm tahun 1998 (kalu tidak silap saya), dato' tlh menemuramah beliau dan d siar melalui radio/tv. penjelasan serta alasan2 yg tun m beri terhadap soalan2 yg d utara kan amat senang d fahami. akibat nya ia tlh berjaya mengurangkan rasa gundah rakyat.

harap sangat pihak berkuasa bolih mempengaruhi pm najib utk mengambil langkah yg serupa d mana dato' dan mungkin seorang lagi pakar ekonomi yg berwibawa dpt mengadakan sessi soal jawab mengenai isu 1MDB ini.

saya juga amat khuatir bahawa saperti venture2 yg lain, institusi2 kewangan kerajaan/syarikat gergasi akan d 'desak' utk mengambil bahagian dlm penyenaraian kelak dan seterus nya terpaksa menanggung risiko/beban yg tinggi.

saya sebagai rakyat biasa hanya bolih berdoa agar pakar bijak pandai d 1MDB tahu apa yg sedang berlaku dan mengambil 'corrective action' sewajar nya sahingga semua palaburan akan mendatang kan pulangan dan semua hutang2 d bayar sebelum 'venture' ini d hentikan.ini lah juga saranan tun m.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Kasihan Najib jadi kambing hitam. Apa dengan
Ahli Lembaga Pengarah yang lain?

Kenapa Ada orang yang nak join pulak atau take over 1 MDB - ananda?

Lawak cerita hantu melayu bodoh oleh che det

SolitaireHunter said...

Najib kata ' negara kita bukan dalam krisis dan fundemental kita adalah stabil'... betul ker tu Tok?

Unknown said...

Inilah komen saya mengenai pengarah2 1MDB pada rencana TMI 31Jan2015 yang bertajuk - 1MDB bukan dana negara, bukan guna duit rakyat – Sakmongkol AK47:

Pengarah-pengarah 1MDB, bukan calang-calang orangnya, termasuk Lodin yang juga pengarah korporat tersenarai – Boustead. Sebelum pelaburan dibuat patut telah dipertimbangkan ramalan keuntungan, ramalan aliran tunai dan segala risiko-risiko yang berkaitan. Adakah risiko-risiko itu boleh dikendali dan dibentongi. Cara permodalan yang memberi pulangan yang sebaiknya tetapi tidak merisikokan pelaburnya. Segala ramalan dan jangkaan pelaburan 1MDB tidak sukar diramal kerana pulangannya telah ditetapkan, yakni tarif telah ditandantangani dengan kerajaan-kerajaan.

Bagaimana 1MDB boleh menjadi sehingga hutang tidak dapat dibayar pada tempohnya; apatah dikatakan nak lunas faedah pinjaman pun sudah membebankan?

Berapa-berapa juruaudit ulung, tidak mahu mengesahkan akaun 1MDB. Juruaudit-juruaudit letak jawatan dan akaun IMDB tertangguh lama sehingga dicari satu juruaudit yang akhirnya sanggup tantatangan akaun tersebut, tetapi bukan dengan pendapat jelas dan mudah (straightforward opinion).

Mungkin pengarah-pengarah dan pengurusan 1MDB hanya ikut telunjuk orang dan orang itu tidak amalkan atau tahu segala amalan korporat baik yang dikehendaki oleh Bursa atau Suruhanjaya Sekuriti. Setidak-tidaknya tidak tahu amalan yang diperuntukan oleh Akta Syarikat. Atau urus niaga dah dimeterai sebelum pengarah-pengarah diminta luluskannya?

Hj Jaafar said...

Dato Kadir.
Cerita Dato mengenai 1MDB tak lengkap.
Ingin saya tambah sadikit.

Samasa 1MDB mula di lancarkan,Najib memberi kapada 1MDB sabanyak $5 billion ringgit.
Bagaimana wang itu di gunakan.
1-$ 1.7 billion untok membeli tiga syarikat awam milek keluarga Taib Mahmud.J Lo pernah menjadi pengarah kapada syarikat milek Keluarga Taib Mahmud ini.Saya tidak tahu apakan nilaian yang di gunakan untok membeli tiga syarikat ini.Ia nya bukan lah blue chip company.
2. Lagi $2 billion di gunakan untok membeli derivitive product yang di buat oleh Deuth Bank dan Chartered bank.Mereka speculate mata wang Yen.Semua $2 billion ini habis rugi kerana mata wang ¥ jatoh di bandingkan dengan $US dollar.

1MDB juga ada meminjam dari kumpulan wang Pencen Kerajaan(KWAP) sabanyak $4 billions.
Mereka hendak menggunakan wang ini untok melabor dalam sector energy.Mereka membeli lombong arang batu di Mongolia dan di Indonesia.Lombong arang batu di Mongolia 1MDB .Mereka tidak buat due deligent dahulu.Mereka membeli lombong arang batu di Mongolia yang tidak ujud.

Jadi sekarang in wang yang di pinjam dari KWAP maseh tidak di bayar.Syarikat itu sekarang ini di pindahkan di bawah kementerian Kewangan.Ini bermaana Kerajaan akan membayar balek wang yang si pinjam dari KWAP.

Anak Rosmah ada membeli pent house di New York dan Baverly hill dengan nilai hanpit $200 juta ringgit.Ia juga membelanjakan hampir US$100 juta untok membuat filem.Difahamkan Anak Rosmah ini merupakan rakan kongsi dengan JLo.Project ini melibatkan JLo,ia memberi pinjaman kalada anak Rosmah ini untok membuat filem itu.
J Lo ini anak Larry Low dari Penang.
Larry Low merupakan pemegang saham dua syarikat awam ia itu MWE dan Benta Plantation.
Rakan kongsinya ialah K K Low saoeang raayat Thailad.Sekarang ini ia menguasai Syarikat Multi Purpose yang memileki syarikat judi Magnum.Saya tak tahu siapa yang memberi kebenaran kapad KK low untok menjadi pemegang saham Magnum,Setahu saya orang asing tidak di benarkan memileki syarikat gambling di Malaysia.
Larry Low ini bukan lah kaya sangat.Tapi J Lo ada membuat kenyataan yang Net worth nya sabanyak US$ 1.7 billionn.
Saya tidak tahu sama ada wang ini dari keuntongan perniagaan nya dengan Pak Arab Abu Dhabi yang merupakan rakan karib nya samasa belajar di US.atau wang commission dari projeck 1MDB yang ia terlibat sacara langsong dan tidak lansong.

1MDB ini merupakan satu syarikat yang penoh controvasi.Sebab itu Tun Mahathir,Tun Daim amat critikal dengan pentabiran Najib dalam hal ini.

Dalam perhimpunan UMNO lepas,Najib meminta kapada perwakilan UMNO supaya tidak menimbulkan issue 1MDB ini.

Orang melayu patut tahu bahawa jika 1MDB gagal ia akan melibatkan kita semua termasok pemegang Amanah Sahan PNB yang kita semua memileki sahamnya.ini ada lah kerana exposure pinjaman Malayan Banking,milek PNB amatblah besar sekali.

Yang saya hairan kenapa CIMB yang di terajui oleh Adek Najib tidak terlibat langsong dengan pinjaman dengan 1MDB.Saya di fahamkan CIMB memberitahu Pengurusan 1MDB yang mereka tidak berminat memberi pinjaman kapada nya.

Mungkin adek Najib ini sedah tahu ada yang tak kena dengan pengurusan 1MDB.






Unknown said...

Aslkum DAKJ.

1. Tkasih kpd Dato Kadir kerana paparan yg sangat padat dan jelas.

2. Dapat saya bayangkan tulisan Dato kali ni jelas mewakili suara2 yg mau Najib diturun tahtakan.

3. Saya bukan pengemar TDM. Akan tetapi oleh kerana sewaktu TAAB mau ditumbangkan maka TDM buat kesilapan besar menaikkan PM yg 10 kali lebih teruk maka saya dalam hal ini menyokong TDM

Sekarang demi menebus kesilapan beliau sebagai manusia biasa maka TDM wajib mempelopori gerakan menurunkan Najib.

Sayang siapalah agaknya figur bersih jujur dan ikhlas yg masih ada dalam UMNO untuk ganti Najib.

4. Malang sungguh nasib Malaysia. Sejak zaman TDM dianggarkan trillion ringgit wang rakyat lenyap begitu sahaja melalui aktiviti pemimpin, raja dan kroni yg dikira tidak bermoral atau mengkhianati harapan rakyat.

5. Saya sangat kritikal bila melihat pemerintah terlalu baik dgn peniaga. Walaupun kerajaan kena permudah urusan bisnis akan tetapi kalaudah sanggup beli aset dari peniaga pd harga berkali2 lebih mahal dari harga pasaran maka papalah rakyat dan kayalah peniaga dan pemerintah yg mendapat kick backs. Hanya org bodoh tak faham2 hakikat ini.

Nah belumpun lama IMDB beli IPP dari Ananda Krisnan pd harga yg dipetkatakan mahal sekarang IMDB terpaksa pulak pinjam wang dari AK.

Dua round AK buat untung dan dua round rakyat di khianati.

Semuanya gara2 pemimpin Melayu UMNO samada bodoh atau pengkhianat.

6. Dulu sewaktu krisis kewangan Asia 1997 TDM tak pandai jaga kedai hingga pelabur cabut lari. Spekulator mata wang apa lagi ambil kesempatanlah memanipulasi nilai tukaran ringgit.

Yg dikambinghitamkan ialah menteri kewangan waktu itu.

Kealpaan TDM menjaga amanah rakyat membawa padah dalam bentuk pertambahan entah berapa ratus billion rgt beban hutang dollar denominated negara bila ringgit merudum dari 2.55 kepada lebih 5 kali berbanding dollar sebelun dipeg pada kadar 3.8.

Saya sangat tak setuju jika Dato mewar2kan kejayaan TDM memulih ekonomi selepas 1998.

7. Berbuih2 mulut bank pusat dunia iaitu IMF memberi nasihat agar negara2 termasuk Malaysia menjaga kewangan mereka dgn jujur dan cekap.

Nampaknya dgn IMDB ada pemimpin Malaysia kisah?

8. Yg sangat mendebarkan ialah Najib jauh mengalahkan rekod TDM dalam kesilapan2 tadbir urus.

Semoga Allah pelihara Malaysia dari malapetaka pemimpin durjana.

dt rahman pekan said...

sdr umar Abdul Aziz;
ada 2 perkara yg sdr bangkit kan yg ingin saya kongsi pendapat :

1)kegawatan ekonomi 1997 dan peranan imf/world bank.

2)bakal pengganti pm najib.

1)semasa kegawatan berlaku saya bertugas d kem kewangan. olih demikian saya tahu apa yg terjadi. utk singkatkan cerita jika tun m tidak mengambil tindakan drastic ,ekonomi Malaysia akan ranap pd ketika itu. Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak membantu tetapi mengambil tindakan se olah2 mahu mempercepat kan proses keranapan supaya dgn bantuan imf/world bank beliau akan dpt mengambil alih tampok pemerintahan 'by default'.
pada ketika itu beliau telah dpt merasakan hayat kuasa politik beliau sudah hamper tamat.
Hanya sdr sahaja tidak mengikhtiraf sumbangan tun m dalam menyelamatkan Negara am nya dan yg lebih penting bangas melayu khusus nya. bacalah komen pakar2 ekonomi dunia !
2)tidak banyak orang mengetahui dato sri Mustapha mohamad secara dekat. saya akui tak kenal rapat dgn beliau. namun saya pernah bertugas d bawah nya selaku s/usaha kpd lembaga tender kem kewangan. beliau low profile; non controversial; hidup sederhana ;mempuyai pengalaman yg amat luas; tidak pernah terlibat dgn skandal dan terlihat bersih. beliau perolehi 'first class degree in economics' dan telah membuahkan 6 buku (saya rasa) bersabit dgn ekonomi dan kewangan. mingikut hemat saya perwatakan dan pembawaan beliau adalah saperti kacukan d antara Jokowi dan Mahathir. mungkin umno dan rakyat jelata perlu d beri peluang utk mengenali nya dgn lebih dekat lagi.

Utk kita menghadapi cabaran ekonomi yg makin kompleks,saya berpendapat beliau lah calun yg paling sesuai utk menjadi pengganti.

WAZ said...

– setaraf dengan Mongolia (negara mendiang Altantuya Shaariibuu). Apakah setiap kali Mongolia disebut perlu dikaitkan dengan mendiang Altantuya? Barangkali tanpa nama Altantuya, rakyat Malaysia memikirkan Mongolia itu salah sebuah negara di benua Afrika.

zainal abidin awang kechik said...

SALAM TOK

Nampak nampak nya macam ada Bah dan banjir besar akan melingkupkan masa depan malaya dan Malaysia jika apa yang di perkata itu fakta dan yang pahit itu adalah kebenaran ..

RINGGIT MALAYISA bagai mata wang yang terbaik untuk urusan Dagang dan ANWAR hanya sunyi dan sepi menanti baki hari yang masih ada.

"YA ALLAH KEPADA MU KAMI POHONKAN SELAMATKAN TANAH AIR INI DENGAN ZAT KEBESARAN MU"

Note" nak pi cari batng ubi kayu nak tanam nak tanam belakang rumah..

kata orang kedah "SERIAU tengok masa depan negara"..

salam

wanitabukittinggi said...

Datuk..

Saya lihat wajah PM kita di TV sekarang macam ayam berak kapoh...

Samada beliau runsing kerna dipaksa letak jawatan atau pun risau pasal lain..

Cerita Tn Hj Jaafar lagi membuka mata...( kalau sahih lah).

Saya setuju dengan pandangan sdra rahman jpc..
PM harus berterus terang tentang 1MDB untuk mendapatkan balik kepercayaan rakyat kepada kepimpinan BN.
Kalau tak.. letak jawatan saja.

Nyonya Teresa dah mula meroyan bila tiba saja CNY...
Munkin beliau impi nak jadi slapstick comedian tapi tak laku.

Hmmm... macam macam ahli politik di Malaysia ini.

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Sekadar tambahan kepada pendapat sdr JAIHAO DA.

Umumnya dari segi kepakaran semua ahli lembaga pengarah GLC, Badan betkanun , bank negara dan bank hebat2 belaka.

Cuma mereka selalu terperangkap dan serba salah memilih antara bertugas ikut buku atau ikut perintah tak bertulis ketua durjana.

Dalam kes Maybank contohnya kalau mereka pandai membuat kajian dan penelitian sebelum meluluskan pinjaman2 yg lain kenapa dalam kes IMDB mereka tiba2 menjadi macam org bodoh?

Datuk Seri Nazir dan gengnya dari CIMB nampaknya tak takut dgn IMDB atau pun IMDB yg takut minta pinjaman dari CIMB memandangkan adik PM berada di CIMB.

Sedihnya ada pegarah yg dah kubur kata mari pun sanggup bersekongkol dgn pemimpin jahat hingga sanggup menggadai masa depan anak cucu. Lihat saja dah berapa umur pengerusi lembaga pengarah IMDB sekarang?

Sejak zaman TDM kelayakan dan pengalaman saja tak mencukupi. Nak jadi pengerusi, ketua pegawai eksekutif,KSU, KP, naib censelor dsbnya mesti ada ooomph depan menteri atau perdana menteri.

Masf cakap la. Kalau budaya ini diteruskan secara berleluasa spt sekarang maka tunggulah datang kehancuran kepada anak cucu sendiri.

Rawa Lanun-Bahasa said...

Terima kasih kepada Hj Jaafar kerana membawa cerita lemahnya pengurusan 1MDB.

Kita nak tahu apa tindakan terhadap CEO yang bertanggung jawab meluluskan tindak tanduk yang demikian.

Apakah salah PM kerana tidak mahu saman CEO dan mereka yang terlibat dalam 'bad investment'?

Kenapa che det nak Pekan letak jawatan?

Maaf dua cerita di sini tetapi mungkin kerana ada orang mabuk minum bir san miguel terus salahkan Presiden UMNO.

Taniah kepada adik Pekan yang pintar mentabir.
Tak saperti orang Kedah nak sangat airport baru tanpa pikir dalam.

Adakah filem Wolf Of Wall Street gagal?
Mau kita saperti Red Queen dalam filem Alice In The Wonderland arah potong kepala semua ahli lembaga pengarah dan bakar badan mereka supaya tak mirip ISIS.

Che Det sebenarnya sokong Pekan supaya Pekan lulus projek di Kedah walaupun projek itu 'bad investment and terrible economics decision'.

Tak apalah kalau pening kepala togok bir san miguel, Dato.

Saperti saya katakan - che det no show dengan Pekan.

Salam hormat

hazleezaiton@yahoo.com said...


Salam dato,


Terangkan lah,cerita lah,tulis lah sebanyak mana pun,olih sesiapa pun,termasuk kalau ada analisa seluruh para akademik dari pelbagai universiti dan pakar keewangan serta pakar perbankan dan kredit didalam negarai ini, SEMUANYA tidak bermakna apa apa pun.



INI kerana Kabinet,PDRM,MCCA,BNM serta AG TIDAK berminat pun nak tahu tentang kisah dan cerita serta hikayat 1MDB ini....




The bottomline is, you and us are not in POWER. You and us do not have the authority to investigate,to charge,to put 1MDB to trial and etc..



The end is obvious. You and us are crap. He and them all are heros, except that heros do die.


AND heroes die a painful death.....




To me 1MDB starts to sound like one man dumbs billions...one man destroys billons, and one malay dumb and bahlol or one malay destructive board.




Apa apa pun, suka ka,tak suka ka,LET us all start cleaning the shits of them all...sampai the last available ringgit!.



Abu Bakar Ab Rahman

Unknown said...

Aslkum DAKJ

Terima kasih banyak kpd sdr rahman jpc kerana memberi pendapat ilhlas walaupun bertentangan dgn pendapat saya berkaitan jasa TDM dalam memperbaiki ekonomi negara bila berlaku krisis kewangan Asia 1997.

Berikut adalah hujah balas saya.

1. Siapa dikalangan TPM beliau yg ada pendirian sendiri yg tak terpelsnting termasuk Pak Lah? Dan sekarang Najib yg suatu masa dulu disanjung sedang diserang.

2. Kalau ekonomi Malaysia dibawah TDM memang kuat dan dipercayai pelabur kenapa perlu ada penarikan keluar modal secara besar2an dan dalam keadaan panik ? Kenapa situasi ini hanya berlaku di Korea, Thailand , Indonedia dan Malaysia?. Tidak pulak pelabur2 berlumba2 membawa keluar modal dari Singapore hingga merudumkan rezab bank central dan seterusnya msta wang Singapore?

3. Korea, Thailand dan Indonesia juga terpaksa berhutang kpd IMF dan Bank Dunia untuk memulihkan mata wang dan ekonomi mereka.

Adakah kita ada dengar bahawa IMF mengenakan syarat bahawa by default timbalan presiden atau timbalan perdana menteri negara2 berkenaan hendaklah diangkat menjadi PM/Presiden mengantikan penjawat sedia ada?

Oleh yg demikian bila TDM dan MAP terus mengulangi saranan kononnya Malaysia akan kehilangan kedaulatan jika terima bantuan IMF adalah alasan yg dibuat2 demi menghalalkan penyingkiran seorang hamba Allah atau seorang TPM yg buat perama kali berani menentang TDM. TPM selain Anwar semua penakut, tiada pendirian atau bsnyak dosa jugak.

4. Sejarah telah membuktikan bahawa negara asia yg menerima bantuan IMF pd waktu itu berjaya memulihkan ekonomi mereka dgn pantas tanpa meniru cara TDM yg mengenakan kawalan modal melalui pegging.

Jika begitu tak perlulah sesiapa juga mendabik dada dgn berkata bahawa hanya melalui pegging ekonomi Malaysia waktu itu dapat dipulihkan. Dan tak petlulah menuduh menteri kewangan krtika itu sebagai talibarut IMF semata2 kerana beliau lebih menyukai pinjaman dari IMF.

5.Dalam membaca sejarah sesiapa juga anak jiran kita Singapore akan berbangga dgn pemimpin mereka yg telah berjaya meyakinkan pelabur bahawa mereka tak perlu panik sewaktu krisis kewangan asia1997.

Sekali lagi bila mata wang rgt sedang jatuh teruk berbanding USD akibat kejatuhan teruk harga minyak mentah dunia kita lihat kesannya kepada ekonomi Singapore dan Sing Dollar tidak begitu ketara.

Berdasar hujah2 diatas juga saya menyeru DAKJ berpijak dibumi nyata. Tidak terus termakan dakyah MAP .

Terima kasih.

Joe Black said...

Dato'

Sekarang seolah olah semua tenaga sedang di gembeling untuk cuba menutupi kekalutan dalam hal kewangan 1MDB.

Bermula dari Najib mengistiharkan bahawa rakyat harus bangga bahawa kerajaan cuma melabur satu hingga beberapa million shaja dalam 1MDB untuk mendapat Asset yang beribu ganda besar...ke perlantikan beberapa tokoh Korporat Melayu Kenamaan sebagai pengarag pengarah 1MDB dengan berniat memeberi credibility kepada syarikat tersebut.

Adakah "tokoh" tokoh tersebut faham bahawa sudah termasuk dalam bakul yang sama dengan Jho Lho dan kawan kawan sepermainannya?

thegreatteadrinkerdownsouth said...

All this begs the question - just how many SWFs (sovereign wealth funds) does Malaysia need?

Singapore has 2 SWFs - GIC and Temasek Holdings. Both of them are reasonably big in terms of asset holdings.

It's a pity that the government didn't emulate Norway and channel Petronas' surpluses into a SWF back in the day.

Hero Borneo said...

isu yang amat berat dan serius untuk dibincangkan secara santai.

Orang Kampung said...

Assalamualaikum Dato,

Sejauh yang saya ikuti catatan dato dalam blog ini tiada saya temui ulasan dato mengenai teori kebergantungan sekali pun sering mengulas mengenai politik dan ekonomi. Maaf kalau saya terlepas pandang atau mungkin tidak relevan.

Pada saya teori itu sangat menarik kerana ada unsur kekejaman negara maju atau pihak yang ada pengaruh mengeksploitasi semua sudut ekonomi dan politik terhadap negara mundur atau pihak yang tidak berpengaruh seperti golongan miskin demi mengekal pengaruh dan kuasa mereka dalam politik ,sosial dan ekonomi. Ini dalam konteks makro iaitu antara negara dengan negara .Maka mustahil kah jika pendekatan sama digunakan dalam konteks mikro .

msh said...

Salam Dato.

Ramai kawan2 Melayu sy dari pelbagai lapisan ....rasa terancam dan gundah gulana.

Perasaan ini wujud bermula sebelum GE13 hingga kesaat ini.

Sy tidak rasa pula bahawa perasaan gundah gulana ini dibuat2 atau cuma... seperti org kata ..'FEAR' (False Expression Appearing Real).

Tetapi dari keluhan dan rasa hati ramai pembahas Melayu disini...ramai yg rasa takut atau 'gabra' dgn cara PM atau Ketua No 1 kita memimpin.

Sekejap....dia kata...Memperkasakan Bumiputra.....kemudian dia kata 'Moderation' lah cara nya...dan berulang2 cakap bahawa bangsa bukan Melayu tidak akan dipingirkan...dan Sek Vernakular berkekalan dan bajet ditambah lagi....Brim dia kata "dinaikan lagi".. dan ditayang di TV berulang2 kali seperti tukang lelong melelong barang dipasar.

Dulu...dia tanya 'apalagi Cina Mahu'....kini dia berpusing2 cara...sy nmpak entah apalagi yg dia akan lakukan.. .tetapi yg kita tahu dia 'bercumbu2an' dgn Anwar.

Dan kita tahu 'partrner' yg dia bercumbu2an ini....apa kemampuan dan sejarah lampau dia.

Pas pun dihuru harakan dia.

Selangor pun begitu juga....dia nak jadi MB kan...hingga dia dilucut 'title' Datuk dari Selangor.

Dulu September 16 dia nak jadi PM...hmm....hingga ada kawan2 dia yg tempah baju nak angkat sumpah bersama2.

Sesumpah katakan.

Tetapi sy ingin mndpt kepastian dari Dato yg lebih tahu...sy bertanya tentang rasa/perasaan takut ini...Adakah ianya cuma 'FEAR' yg tidak wujud...atau 'REAL' ?

Kalau Dato tidak menjawab pun tidak apa.

Sy sekadar meluah rasa hati dari sy seorg yg berbangsa Melayu dan berugama Islam tentang perkembangan politik semasa dan kesan yg terkena dan diberi pd sy oleh seorg PEMIMPIN yg sebangsa tetapi nmpak begitu bercelaru sekali DAN DARI DUNIA YG BERBEDA yg cuma MEMANDAI2 tetapi masih mahu memegang kuasa.

Topik 1MDB yg Dato bercerita panjang lebar diatas pun adalah HASIL NUKILAN DIA juga.


Terima Kasih.

Mac the Knife said...

Taklah seteruk scandal bank bumiputera dulu kes 1MDB ini. Dalam skandal itu ada pembunuhan.

Apa nak hirau systemik atau tidak. Rumah mampu oleh rakyat pun dah rakyat tak mampu. Ini baru gomen BN - gomen DAP nanti macam mana? Tengok Selangor tengok Penang tengok Klatte.

Taklah seteruk 13Mei tapi banyak Melayu muflis dan India miskin dan Ah long merata? Tak mungkin?

Hidup di dunia penuh pancaroba
Hidup di dunia banyak penasaran
Hanya si-mukmin tiada penyesalan

Tak sabar nak tengok apa terjadi dengan Lim Guan Eng selesai PRU14 nanti.

Wallahuaklam


Abd Jaffar M said...

Masyallah. Terima kasih Datuk. Analisa yg jelas and membuka tirai minda. Padanlah "ayahanda" begitu bimbang mengenai selok-belok hal ehwal negara skrg ini.

Ghab said...

"if somebody gives me his hand, I will not look at him with suspicion", Hamad bin Isa Al Khalifa.

I remembered Tony Pua's remark, Najib "the mother of all scandals"in relation to 1MDB.

Why don't this high profiled Oxford educated makes a police report and addresses the matter to the anti corruption agency. His political rhetoric could have done with, in the court of law. Don't he understands that slanderous and defamatory action has its consequences.

Perhaps he thinks, "It takes a thief to catch a thief" didn't he?, or is it one of DAP's freedom of expressions?

1MDB is a signature, an objective of Co-operative (Coop) business enterprise. An entity which mapped for a fixture in the system of financial capitalism. It is part of collaborative economy which order for greater benefit and numbers to products and services. However; business is business, isn't it?, never mind the political Dimwits.

It is not a "Sovereign fund" or "Government grand" by its definition. It started a business on borrowed money, a score for a "seed financing" translated as a capital as an entry in its account transaction, to start-ups off the ground.

The "lender" is promised a higher rate of returns through profit-sharings within an agreed duration of a short and long term for the making.

In the ugly business of capitalism, there are three cardinal principles which follow; other people money (OPM), other people effect (OPE) and other people time (OPT).

1MDB financial model is exclusive. A ward to support its business programs. It should be workable, viable thus bankable in the manipulative financial system. A fact about inception that it begins from nothing to something (OPT), (OPE) and (OPM). Is there anything wrong with it?

A creation of 1MDB equated for an intense financial model sum up to monetarily in achieving its business goals. Above all, it comes from a collection of so-called the brainy identities whom they have been perceived to subscribe for controversy.

Ghab said...

1MDB is a business enterprise like any other enterprises under the umbrella of financial and economic Capitalism. It is equipped for acquiring ready business backed by secured assets and fundamentals. A sustainability to account for short term and long term cash-flow toward monetization.

1MDB ventures into businesses referring to the pillars of economic. It has undertaken the business of energy, plantation, water, land, tele-communication and soon banking, known as the "permanent business" activities. Importantly, it is supported by the Government which further furnished by lucrative concession selectively awarded (OPE and OPT). These concessions are stable and bankable (OPM). Is there anything wrong with it?

1MDB borrowing and then invested in the business of energy, for an example, is a right and secured investment. The demand for energy is continuous and returns of investment is guaranteed in a long term. No energy means the collapse of civilization.

1MDB is a PRIVATE entity not Pubic. Profits and losses are shown in its audited balance sheets.

In any business enterprises, there is element of borrowing, payback through profit and loses visibly marked in the operative balance sheets.

Untung dan rugi kepada institusi perniagaan bukanlah pekara yang luar biasa, termasuk 1MDB dan juga institusi institusi perniagaan lain.

More importantly, 1MDB objective is to further enhance the socio-economic growth which is the fundamental ingredient in the 1MDB's financial and business model and transaction, a "CO-OPERATIVE" in nature by managerial leadership.

The Government can do so much for economic development of its people. In addition to that, 1MDB deliberately determines to spare its profit back to the unfortunates (accommodating the entrepreneurs to go beyond and high above the poverty line) through domestic economic activities, knowledge, skill, training and value.

It is worth acknowledging vividly and understanding the current financial system of usury which is centered at financial system of conspiracy. 1MDB financial model and its transaction and fundamental some are based on a financial model of Islamic financing and banking. Its valuation of profit-sharing versus usury is not in denial. Is there anything wrong with it? I think, these elements should never be overlooked.

Hope this time, the thief is not around! If so, it is going to be a bumpy ride for 1MDB.

Lahuma said...

Dato.

Ada orang kata MDB maknanya Malaysia Dalam Bahaya.
Kalau 1 MDB pula maknanya 1 Malaysia Dalam Bahaya.

Yang berserabut bukan seringgit dua.Malahan bilion RM.

Orang ramai sebenarnya masih kelabu asap cerita isu ini.Lebih -lebih lagi orang tegar UMNO di kampung-kampung.

Yang PM Najib bimbang dan takut amat sangat kalau orang kampung faham dan tahu apa yang di katakan oleh Dato dan pembahas yang lain.

Yang jelas dan nyata bahawa pemimpin UMNO sebenarnya ramai jahil dan cuba alihkan isu ini pada isu yang lain.

Betul lah MDB Malaysia Dalam Bahaya.

Terima kasih Dato.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Setelah meneliti penjelasan Dato Kadir dan hj Jaafar maka dapatlah saya membuat beberapa kesimpulan:

1. iMDB telah diresapi oleh mereka yg sangat berkuasa rapat dengan pemerintah sehingga apa jua kehendak mereka terpaksa di turuti oleh bank2 tempatan dan dana2 kepunyaan rakyat yg lain.

Sementara menteri kewangan dan perbendaharaan buat pekak telinga, Govenor bank negara tak pasal2 terpaksa diseret utk guna kuasa BNM tolong beri tempuh lanjutan kepada IMDB bila nak bayar balik pinjaman bank.

Alangkah bahagia jika BNM boleh juga membantu ratusan ribu Melayu bangkrap dgn kaedah yg sama?

2. Laporan tindak tanduk anak tiri Najib atau lebih tepat lagi anak lelaki Rosmah dgn suami terdahulu yg pd umur muda menayangkan kehebatan kekayaan bila membeli rumah di New York dan menjadi toke filem dengan belanja USD300 atau RM 1000 juta dan persahabatan anak ini dgn Jho lho dikatakan ada kaitan dengan ketirisan wang rakyat dalam IMDB menjadi sudah terang lagi bersuluh.


3. Adakah perbuatan Zahid Hamidi tanpa segan silu memulis surat sokongan kepada FBI untuk melepaskan raja judi Paul Phua tetapi dikatakan sahabat kerajaan Malaysia dalam petkara keselamatan negara adalah juga refleksi hubungan pemimpin atau keluarga mereka dengan dunia kongsi gelap dan underworld?

Mungkinkah demi pangkat dan wang Zahid terpaksa jadi panglima kepada org yg lebih berkuasa dalam pentadbiran atau keluarga mereka?

Takut2 kalau Paul Phua tak dibebas maka terpaksalah beliau membukakan macam2 tembelang pemimpin negara!

4. Tak masuk akal langsung wang dana rakyat boleh terlibat dgn pembelian produk derivatif ibarat berjudi. Dan membeli lombong yg tak wujud di Mongolia.

Nampaknya dah dua kali ada kes benda tak ujud bila melibatkan Mongolia.

Dulu kan pernah mahkamah tinggi diberitau tentang ketidak ujudan Altantuya di Malaysia gara2 rekod imigrasi beliau masuk keluar Malaysia di padam.

KWAP sebagai pemberi wang pinjaman kpd IMDB pun buta mata tak pernah kaji tentang keujudan lombong di Mongolia?

Akhir sekali kalau dinegara lain berhadapan dgn skandal bersekala besar spt IMDB dah lama PM atau presiden berhenti.

Banyak yg tak kena dengan ajaran sistem nilai baik buruk kita.

Cik Tholib said...

Salam dato,
Orang kampung tanya aku, "menatang haram jadah apa 1MDB tu" ? Saham bumiputra ka atau duit BRIM.
Apa nak buat Umno mmerlukan 2 orang untuk memerintah selamanya, Pertama orang BODOH ,kedua boleh di PERBODOHkan.
Kerja Umno MEMPERBODOHkan Melayu.
ok la tu masa pilihanraya Umno jamu bihun bodo kat org kampung.

Orang Desa said...

Ghab,

Why don't you just go straight to the point and let's share whatever points you want to make. We may have a second thought as to what 1MDB really is.

Do away with your flowery language and your bombastic words and all the business concept and theories. Approach your argument with a simple language supported by facts and figures.

Or may be your English is too high a standard to a reader like me.

Joe Black said...

Talking to Najib is like talking to the Brick Wall...Dr M should know that by now.

So what does his detractors do?

They try to Roboh the Brick Wall? Or Go Round It? Or just Ignore it hoping it will Roboh by Itself?

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya teringat dahulu saya pernah kerja dengan mat salleh. Boss saya mengajar saya "you have to ask the right question to get the right answer"

Apa sebenarnya tujuan 1MDB ditubuhkan? Bukankah Khazanah juga terlibat dalam industri hartanah, penjanaan tenaga, telekomunikasi?

Apa yang pelik sangat dengan penjanaan tenaga elektrik. Kita sudah berdekad menjana elektrik dan simpanan gas untuk penjanaan elektruk kita banyak sampai boleh menampung sehingga 40 tahun.

Dalam industri hartanah, harga naik begitu tinggi, kenapa 1MDB masih dalam kerugian?

Akhirnya, apa faedah 1MDB kepada rakyat Malaysia, adakah industri penjanaan tenaga 1MDB akan memberikan harga letrik yang berpatutan kepada rakyat atau menjadikan tauke IPP kaya raya?

Mengikut mendiang Ani Arope, tarif elektrik yang mencekik darah adalah kerana IPP melelakkan harga yang tinggi untuk mengaut untung yang melampau.

Berkenaan dengak karakter JH Low, pandangan saya, kerajaan mencadangkan kita untuk boikot barangan cina. Adalah baik sekiranya kerajaan dulu memulakan untuk boikot tauke tauke bukan melayu yang kaya seperti AK, Vincent Tan, JH Low dan lain-lain.

Ada dikalangan orang melayu, kalau bab politik anti-cina tetapi bab tembolok sendiri, money is king.

zack said...

Inilah mentality cybertrooper Najib. Elok di abaikan saja

safiai saad said...

Salam sdr Kadir. As the past chief editor of strait times, your economic analysis is excellent.
Let us define the systemic risk, Eugine Fama the nobel laureate defined it as the risk in existing within the system. There are two kind of risks,namely diversiable risk and
non diversiable risk.
Diversiable risk could be overcome if our portfolio consisting of various asset classes.
The non diversible risk is nothing can be done since it integrate with the whole system and believed me it can paralysed our finacial system.
In the case of 1MDB borrowing to a consortium of domestic bank will not be punitive to the system die to its petit sizes.So I think any economist will tell you that there is not cause to be concern.It is indeed a diversiable risk.
My humble opinion is how could 1 million paid up capital could amased such gigantic asset of 50 billion which means the gearing ratio is 1 to 50000.
Surely the asset acquired has to immediately cash generating income to serve the outstanding loan.
The fact that the investment is placed in cayman Island which actually the financial heaven,to me is a smart investment plan.We need the time to unleash the intrisic value. Sure certain portion of capital injection is needed thus the appointment of Goldman sach is the right partnership.
Nobody will give you money unless a well respected and connected friend or client introduced it.Remember all the money are borrowed money regardless of financial instrument namely share swap, interest rate swap bond,call, put or any viable and acceptable option.

The question is who guranteed those loan and what is the liablity imposed on the gurantor in the event of liquidation.
I have deep respect to the Malay boys who form the top echlon managers of 1MDB.
They might be a little less prudent in their objectivity but certainly they have performed the due deligent needed in compliance of their fiduciary duty.
Yes thing are not rosy as expected but we should not dance to tune of the oppositions.

Why bring this Jho Lo,the Arab Guy.Rosmah son into the picture.There are just the players in this international business which sad to say the Malay's role in international business is lacking or insignificant ( no malacious intention please)

Had the Malays form part of international business player, they would do the same thing.
So sdr Kadir, the issue is the investment,nevertheless is certainly good but remember time is the essence of investment.
Short term withdrawl of those investment will underscore it's maturity advantages.
Finally the cost benefit ratio of 1MDB is too premature for us to criticise.
I have every confident on the asset purchase as reported in the press and let us assume Rosmah son is the collateral damage in this episode.
Lets give credit to him as a succesful Malay film producer in Hollywood.
I rest my case Sdr Kadir.

Buah Kerdas said...

Dato' menulis:
1MDB dilaporkan bertaraf tabung berdaulat Malaysia.

Mohon pencerahan: Laporan mana? Kesahan laporan?

agushashim said...

Saudara Ghab,

1. "Private entity" mempunyai tanggungjawab kepada"stakeholders". Dalam konteks 1MDB sebagai "private entity",siapakah "stakeholders"?

Saudara Umar Abdul Aziz,

1. Dapatkan sedikit lagi maklumat tentang pelabur. Ada pelabur jangka masa panjang dan siapakah pelabur jangkamasa pendek.Jangan tangkap muat "tak pandai jaga pelabur saja". Cari maklumat tujuan pelabur jangka masa panjang dan pelabur jangka masa pendek.

2. Cari maklumat tentang syarat syarat pinjaman IMF dan Bank Dunai. Organisaasi ini bukanlah "non profit organisation".

3. Cari sebab mengapa Suharto letak jawatan selepas Indonesia meminjam dari IMF.

4. Baca laporan ekonomi, negara manakah yang pulih paling cepat selepas krisis ekonomi Asia.

5. Dalam mencari penyelesaian krisis ekonomi Asia , Malaysia bukan sahaja mengambil tindakan "pegging Ringgit against USD" tetapi banyak mengubah "monetary policies". Sekiranya kedudukan kewangan yang terlalu lemah seperti Thailand dan Indonesia ,Malaysia terpaksa menerima pinjaman dari IMF dan tidak akan keluar dari krisis ekonomi dengan masa yang agak pantas.

Fence Sitter Voter said...

Salam DAKJ

The inability of state investment fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB) to repay its debts may trigger a downgrade in Malaysia's sovereign ratings, dealing yet another blow to a country already hit by falling oil prices.

"Certainly, the risk is there for a downgrade," said Hak Bin Chua, Asean economist at Bank of America Merrill Lynch.

Ratings agency Moody's warned last week that a worsening in Malaysia's debt dynamics or the crystallization of large contingent liabilities could exert downward pressure on its current A3 rating.

Read more here: http://www.cnbc.com/id/102391085#.

azman said...

Assalamualaikum wbt pak Kadir..

Saya tidak pasti, tetapi ada membaca, bahawa seorang ahli Parlimen PR, pernah berdebat diParlimen dan sanggup membuktikan bahawa Anwar Ibrahim telah membawa keluar wang kertas Malaysia bernilai biliun RM tapi cerita itu hilang begitu sahaja..

Secara jujurnya pak Kadir tidak ikhlas dalam menyiarkan tulisan ini, masih boleh diragukan cerita sebegini terperinci jatuh ketangan orang yang ada kepentingan..wallahualam.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Tentunya anda tahu apa itu niaga credit default swap. Tapi Kepala Batas tak mahu tanya adakah 1MDB juga penyangakmatawang ringgit kita pun nak tengok betul kah dia akan kena saman.

Apa kalau CIMB beli saham Mayban dan RHB sebab harga saham bank-bank ini jatuh?

Cerdik atau jahat niat spekulator saham, dato?

Salam hormat

Hidup Melayu said...


Adakah pembelian lombong batu arang yang tidak wujud di Monggolia 'cover-up' untuk membayar seseorang di Monggolia ?

Joe Black said...

Dato'

Apa yang terlepas dari pandangan umum terutama sekali Institusi Perbankan adalah, dengan Perdana Menteri Malaysia memeri sokongan penuh kepada 1MDB supaya terus ketagihan berhutang, beliau dengan tidak langsung memberi contoh kepada rakyat bahawa ketagihan berhutang adalah bagus!

Malaysia sekarang memegang piala Asia Tenggara dalam mempunyai "household debt" yang tertinggi di nusantara. 1MDB yang penasihatnya Perdana Menteri sendiri akan terus memberi contoh kepada rakyat Malaysia supaya terus berhutang dan berhutang dengan berlebih lebihan!

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

1. Di zaman Najib jadi PM bukan saja sistem perbankan terdedah kepada keruntuhan yg boleh membawa malapetaka ekonomi yg lebih besar akan tetapi menjejaskan jaringan keselamatan rakyat marhain yg kebabyakannya Melayu.

2. Sebagai bukti lihat saja pemotongan belanja pengurusan yg diantaranyanya mengurangkan peruntukan penerima bantuan kebajikan masyarakat, pengurangan jumlah kelayakan pinjanan PTPTN, pengurangan belanja pengurusan sekolah dan universiti.

3. Yg paling menonjol bila Najib umumkan pengurangan pengambilan kakitangan awam maka yg paling terpukul adalah org Melayu yg sangat patuh pada slogan hidup Melayu hingga ada yg menyokong tanpa soal jawab agaknya macam Sirul dan Azilah.

Kalau tak kerja dgn kerajaan nak kerja dgn siapa lagi. Kalau kerja dgn Cina ibarat melukut. Nak kerja kilang ada yg sabotaj kata tak ada kerja kosong. Kalau yg datang bertanya tu pendatang asing mereka beri keutamaan.

Kalau kerajaan UMNO Najib dah tak boleh beti jaminan perkerjaan jangan terkejut jika org2 ni berubah hati.

Perbuatan Najib dan org2 kanannya jelas mengundang resipi sistemik kehancuran masa depan anak cucu bangsa Melayu tak kira namanya Umar, Kadir , Lahuma maupun Azman.

berasiam said...

Salam DAKJ

Kalau buat bisnes apa pun mesti ada plan. Kalau ada model bisnes yang berbeza daripada biasa pun, tentu ada yang didokumenkan. Ketika 1MDB dipersoalkan dengan pelbagai kecurigaan oleh semua pihak, belum ada penjelasan yang dapat menjawab dengan tepat. Jika sukar sangat mahu menjawab, dedahkan sahaja rancangan perniagaan dan modelnya. Tidak mungkin dokumen berkenaan dikategorikan sebagai rahsia rasmi atau termasuk dalam bafia. Hanya dokumen perniagaan sahaja kan. Mustahil dokumen sebegitu tak wujud jika 1MDB ditubuhkan dengan cara profesional.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Wah, dato pun tersenyum kerana nampak aset land bank 1MDB itu boleh dipunyai oleh dato Kadir dan rakan-rakan dengan 35-45% diskaun.

Cuma rakan-rakan dato orang arab kah dan nak buat apa atas tanah itu?

Taniah dato dan kita doakan Dato A Kadir Jasin sukses dalam projek-projek dato dan harap dato juga seorang pengarah bank islam mega yang bebas riba sepenuhnya. Amiin

Salam hormat.

wanitabukittinggi said...

Datuk...

Berita yang saya dengar ini kalau mengenai artis dikatakan berita sensasi tapi kalau pasal maruah ugama bangsa dan negara ...apa perkataan yang harus saya guna??

Saya tidak boleh menjelaskan disini ...takut saya dipanggil untuk beri penerangan di balai Polis.
Munkin Datuk telah pun mengetahuinya selepas persidangan MT UMNO beberapa hari lepas.

Apakah perjanjian yang telah dipersetujui antara dua orang ini.. dimana seorang ini bekas anak didik dan seorang ini umpama bapak maka keadaan dah bertukar jadi 180 darjah.

Kita lihat saja siapa lagi lebih lecik dan siapa mempergunakan siapa dalam tindakan ini.
Jangan sampai pisang berbuah 2 atau 3 kali...

Allah selamatkan negaraku Malaysia
Aamiinn..

RAWA LANUN-BAHASA said...

Maaf tapi nak mengumpat sikit pasal tak sabar PRU 14 ; apapun Kalau dapat sama DAP lagi cepat ranap melayu sistemik atau tidak. India dah nampak pekung DAP sebab itu MIC tak gaduh.

Aiyoyo! Hanya melayu kuncu P44 yang jadi khadam DAP. PAS dah meluat. Tak percaya?

1MDB akan ada team baru dan lebih amanah mengurusnya dan juga Tabung Haji - alhamdulillah


Salam hormat

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato’

For quite some time you have been highlighting and repeating the stories about the debacle of IMDB. All are from your perception. It may be right or totally absurd.

The onus of giving the public a clear picture about the whole issue lies with the Ministry of Finance, the custodian of national treasure.

Although the Chairman of IMDB has issued a press statement clarifying the issue some time ago, however it failed to clear the doubt which I believe the public still don't have a clear picture of what is happening with IMDB.

The Ministry of Finance is accountable to the Cabinet. I am confident every member in Cabinet is fully informed about IMDB because the affairs of the Government are brought to the attention of Cabinet in its weekly meeting.

If something is not right with IMDB, I don't think other Ministers just keep silent.

Every member of the Cabinet is responsible if they hold to the principle of collective responsibility.

Based on this assumption, issues pertaining to IMDB are not that critical as what you have been highlighting through your blog because none of them has said anything about IMDB thus far.

However, we must appeal to the Ministry of Finance to clarify the issues related to the IMDB but not by the management of IMDB.

This will allow transparency and the public will be in the best position to make judgments whether the government is telling the truth or not.

The Prime Minister being a chairman of advisory body to IMDB is correct by not making any statement about IMDB because most people still having doubt that he is only protecting the management of IMDB.

The right person to represent the Ministry of Finance is its Secretary General. His position does not allow him to tell beyond the scope of his responsibility as a public servant and must always be truthful in his statement to the public.

Let us move forward and put the issues relating to IMDB at the right platform after listening to clarification from the Ministry of Finance.

I am confident the IMDB is on the right track to be a vehicle for economic growth and allowing for more bumiputra participation in strategic sectors of the economy.

Iklas,
Rahim

Led Zeppelin said...

Assalamualaikum Dato'

This piece of writing is more scarier than any Hollywood horror movies.I've watched The Omen couple of times but I must say nothing beats this article.

In the last paragraph you mentioned that whatever debts from this 1MDB,the future generation has to bear it.It sends shiver to my spine!

What on earth are they thinking?The farmers,fisherman,felda settlers in the kampung have to bear this problem?And it continues to few generations after them?

May Allah save our beloved country.

msh said...

Salam Dato.

Ini akibatnya bila kita org Melayu leka dan alpa dan memilih pemimpin yg entah apa2.

Sebelum ini pun sy pernah berkata bahawa puncanya ialah Umno.

Sbgai parti tunggak... Presiden parti mewakili kuta sbgai PM negara....ini pun suatu tradisi sekian lama.

Jadi....kini kita mestia bertanggung jawab untuk membetulkan nya.

Kita yg memberi masalah dan kita wajar membetulkannya.

Tun M berhak...Daim berhak...Dato berhak...sy pun berhak...malah semua ahli parti berhak...termasuk semua rakyat berhak bersuara mengecam salah laku dan kelemahan ketua yg dipilih.

Tidak dinafikan....slepas lebih 6 tahun memimpin dgn isu2 IMDB...kejatuhan nilai Ringgit...hutang Negara yg berganda....dll....kita memang tersah pilih ketua...dan kini menanggung segala susah dan azab dari kesilipan itu.

Membuat kesalahan...perkara lumrah...tetapi membetulkan kesilapan memang penting dan MESTI DILAKUKAN dgn apa cara sekalipun.

Ini untuk mengelak dari ianya menjadi lebih parah.

Dan peliknya bila kita bersuara atau mengkritik ...selain dari 'geng inner circle' dan 'Yes Men'..yg melompat seperti beruk ....lebih dari ketua....kita pula dipersalahkan?

Sikap ini memang tidak adil dan keterlaluan dari pihak yg kena tegur.

Jika tidak suka ditegur berhenti saja.

Justeru itu...jika acara menganti ketua berjaya dilaksanakan....Umno wajar 'review' atau 'overhaul' semua cara yg digunapakai untuk memilih ketua dan hadkan masa untuk 1 atau 2 penggal sahaja untuk jawatan Presiden parti.

Jawatan Ketua pemuda dan Ketua Puteri pun tidak perlu lagi...sebab sudah tidak relevan lagi.

Buang masa saja.

Itu pun jika Umno masih berkuasa lagi selepas GE14.

Dato...sy harap proses mengantikan ketua berjaya dilaksanakan ASAP.

Sy dan kawan2 dlm kelemasan.

Terima kasih.

Expilot said...

Assalamualaikum YBhg Dato AKJ dan pembahas sekelian,

In replying to the comment by Rahim LPP,

1, What on earth did 1MDB requesting for the repayment extension for the lending banks?

2, Why 1MDB accumulated a RM600 million losses if its on the right track as what you claim?

Regards

Sekolahkan rahim said...

Apa la rahim ni melalut dlm bahasa inggeris. Bukam penah kecoh ke si maslan ckp dia pun tak tau sngt tapi yakin 1mdb kukuh? Apa kata highlight yg maslan ni pun konfius.

Apakata kau tngk balik hisam keris kata apa? Sapalah saya nak nasihat dia kata hisam? Menteri suma tolol dan goblok.

Jadi in the spirit of kindness, i take it that u must've been in a cave for a few months rahim. Refuse to think that you actually believe in the garb that u wrote

Sekian..

Kecewa. said...

Dato'.

Kemelut 1 MDB ( 1 Malaysia Dalam Bencana) menyebabkan dua puak bertelagah iaitu Bekas PM dan PM. Sebelum hal ini terselak, kedua-duanya adalah dari DNA yang sama iaitu UMNO/BN. Selepas sesama saling menyingkap kain/menyinsing lengan ia dah jadi macam minyak dan air tak boleh bercampur. Untuk menjadikan kedua-duanya sebatian (campuran air dan minyak) sabun di perlukan utk menyatukan (Shahidan offer jadi sabun) tetapi samada sabun tersebut mampu menyatukan, kita masih belum nampak pendekatan yang di ambil oleh pihak sabun kerana hanya kenyataan dari MT UMNO menyatakan kedua pihak hanya berselisih pendapat dan bukannya berperang.
Menjelang September 2015, 1MDB perlu melunaskan bayaran sebanyak USD 1 Billion (hampir RM3.66 Billion kadar pada masa ini) kepada konsortium 6 buah bank yang di ketuai oleh Deutsch Bank ( sumber reuters). Samada ini benar atau tak, tiada pihak yang mengesahkannya. AK dah beri pinjaman kepada 1MDB sebanyak RM 2 Billion untuk melunaskan bayaran kepada konsortium Maybank,AMbank dan RHB. Bagaimana 1MDB nak membayarnya tak lah diketahui secara terperinci. Ramai yang ada duit akan cuba "membantu" kerana akan ada "pulangan" lumayan keatas "bantuan" tersebut sekiranya PM yang sediaada tak di "dethrone". Drama telenovela ini semakin menarik bila mana kisah ini semakin banyak di selak, makin di selak macam PKFZ dan akhirnya tiada sesiapa yang terlibat dan happy ending.
akhirnya , rakyat akan lupa, Dato pun malas nak selongkar lagi dan akhirnya di buang bawah karpet.Senyap. Siapa bising akan di dakwa. Saksi bisu. Tengok. Dengar. Diam.
Bila PRU bermula. Bising. Senyap.
Golongan Ular yang jadi Naga mula membaham selama 5 tahun mandat.
Malaysia terus macam tu. Bising bila ada yang selongkar atas sebab berbalah dan bila ada imbuhan, semua diam.
Buang masa, buang karan jer buat debat. TUTUP. SELESAI. HAPPY ENDING.

Kecewa.

Lahuma said...

Dato.

Kenapa orang UMNO membisu mengenai ! MDB ni.
Sebenarnya seluruh orang UMNO diarahkan supaya tidak membincangkan isu ini dalam mana-mana perbincangan hatta dalam Perhimpunan Agung yang lalu.

1 MDB ini adalah forum pembangkang,kelas pertengahan,golongan koprat,golongan akedemik dan para pemikir.

Orang UMNO perbincangan mereka hal -hal BRIM,projek melalui Ketua bahagian,persempedanan semula,jawatan dalam PBT,calon PRU.

Kemampuan untuk menegur pemimpin mereka tak ada lansung.

Bila harga barang tak dapat dikawal ada menteri naik angin.Menteri Pertanian naik angin.Yang Menteri PDNKK masih lena.Nampak sangat sama menteri pun lintang pukang.
Menteri-menteri lain tak kisah,Jaga temolok sendiri.

Bila sampai 1 MDB makin hari makin parah lah nampaknya.

Apa salahnya seluruh pimpinan kerajaan bercakap benar pada rakyat.
Bukan kerajaan sahaja buat silap.Kerajaan pembangkang pun banyak juga buat silap.Di Selangor ,Pulau Pinang dan Kelantan pun apa kurangnya.

Sama-sama 2x5=5x2.

Pemimpin kaya raya.Rakyat di perdaya dengan janji manis.

Terima kasih Dato.

JMS said...

Just to add to Expilot's and Sekolahkan rahim's comments.

Rahim is day-dreaming. None of us is privy to what have been raised and discussed during cabinet's meetings. So we will not know whether 1MDB has in fact been on the agenda.

Furhermore, even if any of the ministers has an opinion of his/her own concerning the issue, it is unethical for him/her to make public statement on other ministeries other than his/hers.

So it's back to the Finance Ministry as suggested by Rahim. But who is competent enough to reply convincingly to all the issues raised particularly by TDM?

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

1. Sangat bersetuju dgn pendapat sdr msh, expilot dan sekolahkan rahim. Syabas.

2. Sejak saya kenal sejarah tamadun dunia saya dapati satu patern yg konsisten.

Negara2 yg maju umumnya di terajui pemimpin yg bersih, cekap dan amanah. Bukan BCA TDM.

Negara yg miskin, negara sedang berkembang dan negara berangan nak jadi maju umumnya di perintah oleh keluarga dan kumpulan lanun.

Pemimpin negara maju betul2 kota apa yg mereka janji pd rakyat.

mereka tak akan berani nak arahkan org itu dibunuh, org itu difitnah dgn cerita karut dan saksi palsu, atau arahkan hakim dan polis kadang2 jadi super lembab dan kadang2 super cekap.

pemimpin negsra maju tidak berlagak tuhan dgn memusatkan semua kuasa pentadbiran , pendakwaan , polis dan hakim kepada beliau seorang.

Di negara maju Presiden atau PM akan di sokong oleh semua termasuk pembangkang kalau yg beliau buat betul. Akan tetapi jika tak betul maka anggota parlimen kerajaan pun akan menghentam tanpa takut pd ketua mereka.

Nak tau apa yg pemimpin buat betul atau tidak tak la susah sangat.

Hanya si bongok atau blogger upahan saja tercari2 alasan menyokong perbuatan durjana pemimpin.

Dinegara maju tak ramai ketua2 polis , hakim, SPRM, SPR, BANK NEGARA akan ikut telunjuk presiden atau PM membabi buta.

Sebab Presiden atau PM tiada kuasa mutlak pecat mereka.

Mereka lebih sayang negara berbanding presiden atau PM.

Penyangak atau samseng macam yg sedang di bicara di AS, atau yg makan komisyen scorpene, atau yg buat filem di AS hingga beratus juta, atau yg main wayang kulit dgn pemerintah UMNO hingga boleh melingkupkan IMDB melalui skim jual IPP lps tu beli balik saham dan lps tu beri pulak pinjaman tak mungkin ujud di negara maju.

Datang 2020 Najib mungkin kata Malaysia negara maju. Maju dikalangan negara miskin mungkin.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Di negara majulah terjadi Krisis Subprima kalau tak silap ingatan dan fakta saperti gergasi Haliburton, tak begitu Dato Kadir?

1MDB kena overhaul pengurusan. Juga Zeti bank negara patut kena pencenkan. Begitu juga bank-bank yang terlibat CEO kenalah pecat.

Pekan turun lepas PRU14. Jadi harap bersabar dato.
Tetapi apa dia nak hirau kerana bini Pekan wanita bilion-wati :)

Sekian.



Unknown said...

Aslkum DAKJ

Setuju 100% dengan pandangan RAWA LANUN-BAHASA bahawa kegawatan ekonomi dunia 2008 bermula kerana masaalah subprime di AS sebuah negara maju.

Kesilapan tindak tanduk dunia korporate dalam mengejar keuntungan adalah perkara biasa.

Akan tetapi kesilapan korporate yg di dorong oleh tamak haloba hingga merekacipta produk2 kewangan yg mirip kepada judi spt berlaku di AS itu hanya membuktikan bahawa mereka hanya menunggu masa untuk hancur dan menyusahkan rakyat.

Mereka yg saya maksudkan ialah beberapa bank yg gulung tikar dan beribu2 individu tamak yg terlibat dgn spekulasi derivatif dan hartanah menjadi miskin dgn tiba2.

Cuma yg membezakan antara kerajaan AS waktu itu mereka tak terlibat mempromosi mana2 dana berdaulat untuk sama2 berspekulasi spt mana Najib mempromosi IMDB.

Dan kerana kerajaan dan bank pusat AS terlalu kuat kewangannya maka mereka berjaya menyelamatkan bank2 tertentu daripada bangkrap juga menyelamatkan rakyat yg menjadi pemegang saham minoriti yg tak bersalah

Cuba kita bandingkan kes subprime dan peranan kerajaan AS dengan kes hutang IMDB dan peranan kerajaan Najib.

Kalaulah kewangan kerajaan Najib masih kukuh tak mungkin BNM, EPF, KHAZANAH tak boleh tolong IMDB. Hingga IMDB terpaksa melutut pd bisnisman yg integretinya boleh diragukan untuk mintak bantuan bayar balik pinjaman pd Maybank dan RHB Bank.

Bawah Najib bolehkah kita simpulkan bisnisman lah yg perintah negara selain anak isteri?

Orang Sungai Petani said...

YBhg Dato' Kadir,

Rasanya perlu juga dikemukakan perkara membeli beberapa IPP yang sudah hampir tamat tempoh operasinya dengan harga yang sangat tinggi sedangkan PPA dengan TNB ialah berdasarkan Build-Operate-Transfer (BOT). Setelah tamat tempoh operasi PPA, IPP tersebut perlu mengalihkan (transfer) pemilikan IPP tersebut kepada Kerajaan pada harga yang nominal (mungkin RM 1) kerana keseluruhan pelaburan dan kos operasi serta keuntungan sudah diraih di sepanjang tempoh operasi.

Jadi syarikat IPP sudah meraih keuntungan dua kali ganda. Maka diucapkan tahniah kepada 1MDB kerana menjadi penyelamat syarikat IPP. Maka dengan dana yang dibayar oleh 1MDB inilah juga Tan Sri Ananda Krishnan "membantu" pengurangan hutang 1MDB.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

1. Terima kasihOrang Sungai Petani kerana bangkitkan klausa BOT dalam perjanjian misteri yg merugikan rakyat antara kerajan UMNO dgn kroni IPP.



2. Jangan terlalu mengharap bahawa IPP tamat tempuh konsessi akan berpindah kpd rakyat secara otomatik melalui TNB.

Sejak bila janji kerajaan UMNO boleh dipegang 100%?

Sudah beberapa kali kerajaan ubah terma konsessi lebuh raya utara selatan yg sudah tamat tempuh.!

Seronok sangat mereka memerah kocek rakyat dgn pelbagai alasan yg tak adil.

Contoh kedua. Sebelum PAS menang di Terengganu pd 2004 kerajaan persekutuan UMNO sudah sekian lama membayar royalti minyak terus kpd kerajaan negeri . Terserah kepsda kerajaan negeri UMNO nembelanjakan wang royalti tersebut. Seperti membina projek2 gajah putih yg berlambak di terengganu dan mungkin termasuk stadium runtuh sampai 2 kali.

Mereka tergamak loyar buruk memberhentikan bayaran berkenaan semata2 kerana tidak mau wang berkenaan diurus oleh kerajaan baru yg bersih PAS .

Walaupun rakyat boleh bawa kes2 spt ni ke mahkamah, saya ingin bertanya siapa yg paling berkuasa melantik hakim2?

Dan berdasarkan kes2 spt ketua hakim negara pergi bercuti dgn disponsor peguam kanan dan pejabat peguam yg sama bertindak menderaf keputusan hakim, bolehkah rakyat mempercayai hakim2 kita benar2 jujur dan bebas demi menjaga keadilan?

Lain kali cuba nilai semula slogan " Demi hidup Melayu kita mesti undi UMNO."

Saya rasa skrip drama IPP akan berbunyi lebih kurang " oleh kerana kos operasi IPP semakin meningkat maka kerajaan UMNO terpaksa membensrkan permohonan IMDB sebagai pemilik baru IPP untuk menangguh pemindahan IPP kepada TNB untuk 30 tahun lagi"

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).