Friday, August 04, 2017

Kecuaian Jenayah 1MDB



A Kadir Jasin


SEPERTI saya catatkan kalam laman Facebook saya semalam, oleh sebab banyak sangat putar belit oleh kerajaan kleptokrasi, kita susah nak pastikan yang mana satu kebetulan dan yang mana satu perancangan atau penipuan.

Mulakan tindakan kecuaian jenayah dengan menangkap Jho Low
Pada ketika tersebar satu dunia berita 1MDB terlewat bayar ansuran hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56 bilion) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) Isnin lalu, tiba-tiba Bank Negara keluarkan bon 20 tahun sebanyak RM2.5 bilion.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Hutang tertangguh 1MDB RM2.56 bilion. Bon Bank Negara RM2.5 bilion. Kebetulan atau memang dirancang?

Tempoh tutup bon Bank Negara 4 Ogos. Tempoh akhir 1MDB kena bayar adalah lima hari kerja bermula 1 Ogos ( lebih kurang pada 6 Ogos). Kalau tak bayar juga, denda dan tindakan lain akan dikenakan.

1MDB kata duit untuk bayar hutang IPIC adalah daripada program rasionalisasi tapi terlewat sikit sebab peraturan dan kelulusan. Tak ramai orang percaya alasan rasionalisasi atau apa-apa pun hikayat daripada 1MDB.

Kemudian Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, kata kelewatan itu adalah perkara teknikal dan masalah 1MDB tak jejaskan ekonomi.

Adakah teknikal yang Najib maksudkan itu Bank Negara memerlukan masa untuk jual RM2.5 bilion bon dan serah duit itu kepada Kementerian Kewangan supaya Kementerian Kewangan boleh bagi kepada 1MDB untuk bayar kepada IPIC?

Bon Syariah Bank Negara: Kebetulan atau untuk 1MDB
OKlah. Bank Negara jual bon perkara biasa. KWSP, KWAP, PNB dan bank-bank beli bon pun perkara biasa. Pendapatan bon bagus dan terjamin pun perkara biasa.

Tapi kalau bon RM2.5 bilion itu adalah untuk bayar hutang 1MDB, ia bukan perkara biasa malah boleh dianggap kecuaian jenayah (criminal negligence) dalam pengurusan kewangan negara.

Di Thailand, bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “criminal negligence” kerana menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion (lebih kurang RM4.3 bilion) dalam pelaksanaan subsidi padi.

Jumlah ini amatlah kecil berbanding duit 1MDB yang lesap dan kesalahan Yingluck ringan berbanding jenayah kewangan 1MDB. Yingluck dituduh buat salah dalam pemberian subsidi kepada penanam padi. Duit 1MDB masuk akaun Najib dan untuk anak bini serta Jho Low berfoya-foya.

Penjualan bon oleh bank negara adalah perkara biasa. Kerajaan memperoleh pembiayaan melalui penjualan bon oleh Bank Negara pun perkara biasa.

Tetapi sekiranya bon RM2.5 bilion itu adalah untuk membayar hutang 1MDB dan sekali gus membebankan rakyat jelata untuk 20 tahun akan datang, ia adalah “criminal negligence” yang tidak boleh dipandang ringan.

Najib kata masalah 1MDB tidak jejaskan ekonomi negara. Ok, mungkin dia percaya ini benar atau dia sangka semua rakyat jelata bangang macam laskar siber Umno. Najib kata blogger Umno bangang.

Pada bulan Jun, 2015, Menteri Kewangan Kedua masa itu, (Datuk Seri) Ahmad Husni Hanadzlah, bagi amaran kalau masalah 1MDB tidak diselesaikan, kadar tukaran ringgit mungkin jatuh ke tahap tahun 1998 iaitu waktu Krisis Kewangan Asia.

Dua bulan kemudian pada 12 Ogos, ringgit jatuh ke bawah paras RM4 bagi satu dolar Amerika buat kali pertama sejak 1998 dan kekal hingga ke hari ini.

Jadi, marilah kita mulakan tindakan ke atas kecuaian jenayah 1MDB ini dengan menyokong laporan polis oleh Menteri Besar Selangor, (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali, agar Jho Low ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia. 
Jho Low adalah dalang di belakang 1MDB.

Doa rakyat jelata yang teraniaya akan dimakbulkan. Isya Allah.

38 comments:

Zalman A said...


Datuk,

The public must be made to understand that they have paid twice for the many thefts of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, better known as the criminal "MO1".

First, all the fake transactions that enriched Mr & Mrs MO1, Jho and Riza.

This was all stolen public funds.

Second, all the money now legally due to cover the theft.

We paid twice.

Gali lobang, tutup lobang, endlessly.



shah said...

Menteri perlu berundur sebelum gesa ahli politik pembangkang letak jawatan

BARU-BARU ini, seorang menteri muda yang menjaga portfolio belia dan sukan dengan lantang meminta beberapa ahli politik veteran daripada pihak pembangkang bersara. Alasannya kerana mereka memecahbelahkan negara.

Lucu sekali menteri kita bukan? Patutlah ada segelintir belia di negara ini yang meminati beliau.

Betulkah mereka memecahbelahkan negara? Sejak bila pula mengkritik pihak pemerintah kerana mencuri harta negara dianggap memecahbelahkan negara?

Bagaimana graduan lulusan Oxford ini boleh berfikiran sempit sebegini sekali? Malah agama juga menyuruh kita mengamalkan konsep amar ma’ruf nahi munkar (al`amru bil-ma’ruf wannahyu’anil-mun’kar). Melarang kemungkaran adalah wajib untuk kita.

Bagaimanapun, yang patut bersara bukannya ahli politik disebut menteri ini, tetapi beliau sendiri kerana bacul menegakkan kebenaran, dan bersubahat bersama pihak yang menindas. Yang jelas, kenyataan itu mengesahkan beliau adalah seorang menteri yang mati hati nuraninya.

Tambahan pula, prestasinya sebagai menteri juga amat mengecewakan. Beliau tidak pun beraksi cemerlang sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolionya dan rakyat Malaysia.

Mari kita lihat prestasi belia dan sukan negara ini.

Pengangguran belia naik berbanding 2013. Peratusan terkini belia di negara kita yang menganggur adalah 10.5%, di mana ia lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Thailand (3.4%) dan Vietnam (6.3%). Lebih suku juta belia negara masih tidak mampu mencari pekerjaan, dan majoriti adalah Bumiputera.

Malah, yang dapat kerja pun gaji begitu kecil sekali. Gaji permulaan graduan diploma tahun lepas tak sampai RM1,300, dan permulaan graduan ijazah pula lebih kurang RM2,200. Sejak 2013, ia tak naik pun walaupun satu peratus.

Bagaimana pula prestasi sukan negara? Lihat sahaja prestasi bola sepak, di mana menteri muda ini pernah menjadi timbalan presiden FAM pada 2007 ketika berumur 31 tahun. Mesti banyak pengalaman beliau sehingga dapat menjadi orang kuat FAM pada umur yang masih muda.

Akibatnya, sejak beliau menjadi menteri, prestasi bola sepak semakin merudum. Jika pada 2013 kita berada di tangga 154, terkini jatuh lagi pada tangga ke-167. Malah negara yang teruk dibom Amerika iaitu Afghanistan, dan negara amat miskin seperti Sudan juga mempunyai kedudukan lebih baik daripada kita.

Prestasi sebegini, jika di sektor swasta, sudah pasti dibuang kerja!

Kejayaan yang konon dikecapi menteri muda ini lebih condong kepada kejayaan peribadi, itu pun jika kita semak, ia dikecapi kerana kedudukannya sebagai menantu ataupun kedudukannya sebagai menteri.

Mendapat pangkat tinggi di dalam askar simpanan? Orang lain harus bertungkus lumus dari usia muda dan naik perlahan-lahan dengan sistem pangkat sedia ada, namun beliau mendapat pangkat dalam masa beberapa bulan sahaja datang berlatih. Para pengikutnya juga berbangga dengan kejayaan peribadi superfisial yang boss mereka kecapi.

Mendapat tempat untuk beraksi di dalam temasya sukan yang besar? Sudah tentu kerana dengan pangkatnya sebagai menteri. Orang lain sudah berlatih dan bermain sejak di usia muda namun tempat mereka diisi pula oleh seorang menteri yang ingin mengejar kejayaan peribadi dan gila populariti.

shah said...

Padahal, menteri muda ini bukan hanya tidak berkelayakan mahupun tidak beraksi dengan cemerlang, malah beliau sering membuat kenyataan tanpa fakta. Berapa bulan lalu, menteri beliau pernah berkata orang Melayu “perlu melihat sistem kuota sebagai “penghinaan”. Beliau juga dipetik berkata harapannya adalah di masa hadapan budak Melayu boleh masuk universiti tanpa kuota.

Kenyataan beliau sebagai anak bangsawan yang lulusan universiti terkemuka dunia ini amat jengkel dan menggelikan.

Pertama, sistem kuota sudah dinyahkan sejak 2003. Takkan ini pun beliau tidak tahu?

Kedua, orang Melayu macam mana yang dihina? Yang kaya? Menang tanpa bertanding? Mendapat bantuan bapa mertua? Didapati bersalah rasuah oleh parti politik beliau sendiri, tetapi tetap dibenarkan bertanding merebut jawatan?

Orang yang sepanjang karier politiknya dibantu dalam pelbagai hal seperti mendapat jawatan timbalan ketua Pemuda, pertama kali menjadi wakil rakyat, kemudian menjadi timbalan presiden badan sukan, seterusnya menjadi ketua Pemuda dengan bantuan bapa mertua, orang ini ingin berbicara mengenai penghapusan kuota?

Usahlah fikir diri itu gah dan megah dengan karier politik yang hanya berlandaskan sistem kuota paling tidak adil, iaitu sekadar mengisi jawatan sebagai menantu.

Ketiga, orang Melayu berasa hina bukan kerana sistem kuota tetapi apabila maruah negara yang kita cintai seolah diconteng arang. Negara dijadikan bahan ejekan serata dunia.

Melayu dihina apabila pemerintah boros berbelanja di kala rakyat menderita. Segelintir mereka dan keluarga bersenang-lenang dengan kekayaan melimpah-ruah dan gaya hidup yang tidak keterlaluan dikatakan lucah dan tidak setimpal dengan pendapatan bulanan mereka.

Jauh sekali dari dihukum di muka pengadilan, mereka yang makan suap dengan jumlah jutaan dan bilion ringgit malah disucikan oleh pengikut mereka seperti menteri muda ini persis para nabi yang maksum.

Apa yang terjadi kepada integriti dan akidah mereka?

Yang jelas, yang patut berundur daripada politik negara bukannya ahli politik pembangkang seperti diminta menteri muda ini, tetapi yang patut berundur dengan segera adalah beliau sendiri! Lebih baik beliau mengundur segera supaya dapat berlatih lebih keras agar dapat beraksi cemerlang dalam skuad polo untuk Sukan SEA bulan depan. – 15 Julai, 2017.

* Mahyudin Jelani adalah pembaca The Malaysian Insight.

Mali Muyung said...

It takes a Crooked Chinese man to cheat a Crooked Malay or is it Bugis?
Rakyat yg x mampu bayar pinjaman d layan mcm anjing. Pencuri d tatang mcm minyak yg penuh.
X faham saya.

rahman jpc said...

apa?

tangkap jho lo?

langkah mayat saya dulu kata mek semah.

'over my dead body 'beb!!!

diny yusof said...

Saya berharap sungguh sungguh YB Azmin teruskan tindakkan saman keatas KPN Khalid . Saya sudah naik meluat mendengar tutur kata KPN Kalut ni yang asyik memberi alasan "masih di dalam siasatan " .

Berapa tahun PDRM perlu masa untuk menyiasat ?? Apa yang sedang di buat olih bahagian " commercial crime " selama ini ?

Aku said...

Kadiag, السَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎‎ ,
Kalu betoi hutang melalui terbitan bon RM2,500,000,000 ni untok nak bayag ansoran pertama ke Pak Arab IPIC tu, munkin Bank Negara (BNM) jadi ekseseri atau bersubahat sebagai 'facilatating agent' dlm 'kecuaian jenayah' yg hang nulih tu. Jugak 'penjawat awam'2, menteri2 dll yg memudah, membantu... dan yg buat2 tak nampak. Dan kalu betoi jugak, yg rambut putih di BNM tu nak bawak subahat ni ke 'alam baqa ka lantaran ada orang kata rambut putih tu tanda amaran atau 'warning signal'.

Hang nulih '... sekiranya bon RM2.5 bilion itu adalah untuk membayar hutang 1MDB dan sekali gus membebankan rakyat jelata untuk 20 tahun akan datang, ia adalah “criminal negligence” yang tidak boleh dipandang ringan."
Pasai apa pulak untuk "20 tahun akan datang" saja ?
Yg aku tau... beban untuk 20 tahun akan datang hanya untok bayag 'keuntungan' saja atau 'bond yield', dan nak bayag pkoknya pulak lepaih tarikh matang atau 'maturity' pulak, hang tak kira ka ? Pendek cerita Kadiag, setakat aku tau kesan dia besanya ditanggung lama selepaih 20 tahun tu....lagi pulak hutang Malaya akan semakin hampiag satu trillion ringgit.
Macam mana pon aku terima kasih kad hang pasai bawak cerita ni ke halayak.
Satu benda lagi yg betoi ialah kecelaruan yg dibuat buat..."oleh sebab banyak sangat putar belit oleh kerajaan kleptokrasi, kita susah nak pastikan yang mana satu kebetulan dan yang mana satu perancangan atau penipuan." ... orang yg tera pasai industri kewangan pon bulih tebabaih, orang yg lain jadi lagi kelabu, justeru sampai ada orang anggap cerita2 IMDB ni satu rekaan atau semacam satu konspirasi "pembangkang", lantaran sumbag maklumat disekad dan ditutup .... sampai di parlimen pon macam tu jugak.
Lantaran satu 'coretan' dlm blog hang baru2 ni aku rasa baguih dan mantap atau 'succinct' untuk huraian skandal ni bila di sabit dgn kaidah rawatan pesakit yg dgn izin, aku nak kopipes...(bersambung

Aku said...

(Sambongan dari aku...)
Kopipes Dari En Zed-85
" Zed-85 said...
Sallam Dato’

Kalau orang pergi jumpa doktor untuk buat buat check-up kesihatan.

Doktor akan check tekanan darah.

Kemudian ambil sampel air kencing untuk cek jumlah gula dan asid urik. Kalau asid urik tinggi, boleh kena penyakit ghaut.

Kemudian doktor akan ambel sampel darah untuk check samada darah ada penyakit dari kuman virus atau bekteria dan juga samada kandungan kolesterol tinggi atau rendah.

Setelah check secara keseluruhan barulah doktor akan beritahu samada tubuh badan kita sihat atau sebaliknya.

Begitu juga ekonomi.

Tidak memadai kerajaan bercakap pertumbuhan GDP saja. Negara Papua New Guinea pun ada pertumbuhan ekonomi tetapi rakyat miskin dan susah.

Kita kena lihat keseluruhan samada negara kita ada penyakit atau tidak.

Angka pendapatan daripada GDP secara umum tidak mengukur secara tepat kerana orang kaya terlampau kaya dan orang miskin terlampau miskin.

GNI coefficient Malaysia agak tinggi iaitu 46.3 berbanding dengan Finland 27.1, New Zealand 36.1, Thailand 39.3.

Oleh itu , kita boleh buat kesimpulan bahawa ada jurang besar antara pendapatan orang kaya dan orang miskin.

Salah satu tanda ekonomi yang sihat adalah harga barang yang stabil dan pengangguran yang kurang. Sekarang ini , mengikut berita, ada lebih 500,000 orang yang menganggur di dalam negara.

Harga barang, kita semua sedia maklum naik agak tinggi.

Kalau tubuh badan manusia boleh ada penyakit seperti jangkitan virus Hepatitus B atau C, negara pula boleh juga dijangkiti penyakit kleptokrasi atau rasuah.

Penyakit rasuah ini boleh merebak dan menyebabkan negara semakin rosak. Umpamanya, di Kementerian Belia dan Sukan, rasuah sampai 100 juta dan duit ini hilang begitu saja. Kes 1MDB, DOJ Amerika berkata, sampai berbillion wang haram dari Malaysia dibawa masuk ke Amerika.

Duit yang hilang ini sepatutnya boleh digunakan untuk manfaat rakyat seperti biasiswa dll.

Hutang yang semakin tinggi dalam negara umpama kolesterol dalam badan. Kalau kolesterol tinggi, bukan serta merta kita terima kesannya tetapi sedikit demi sedikit akan menyebabkan salur darah semakin sempit dan boleh menyebabkan sakit jantung.

Sebab itulah Dr. Mahathir dan pemimpin dari Pakatan berusaha supaya segala masalah dan penyakit yang ada dalam negara dipulihkan dan ekonomi negara kembali sihat dan berkemang maju.

10:46 AM"

Semoga kadag terjahan meningkat ningkat.
Maghap no.
Aku.

Journo Karno said...

What to do. He tried his best shaking the money tree but there's no more money falling. In the old days, it used to rain money. By the billions, but now it seems there's nothing left. Now they drain the treasury's dry just to pay the effing debt!..

kluangman said...

Kecuaian pwncuri akhirnya akan tertangkap juga.

Jay said...

Aminn....

Ir Amir Yahya said...

Benar sebagaimana komen kluangman, spti juga pepatah biasa melayu-sepandai2 tupai melompat, ketanah juga jatuh akhirnya.
Sama2 kita berdoa agar mereka yg berkaitan balik kepangkal jalan. Kesihan melihat drp gambar2 media & tv betapa berat kepala PM kita. One could not hide his body language.

Pemikir said...


According to sources with ears close to the ground in the Middle East, Malaysia’s Minister of Finance and his team at 1MDB, have approached IPIC begging the Abu Dhabi fund to give them till the end of the month to pay the US$628,000 fine that ought to have been paid by the end of last month.

As has been widerly noted, the Bank of Malaysia scrambled on August 1st, the day after the expiry period, to raise almost that exact sum (RM2.5bn), which in principle should be available on the 4th, just in time to meet the grace period of five days over-run built into the contract.

But, since everyone has noticed this apparently rather obvious move, MOF is allegedly asking for the extra time to attempt to disguise the link.

The PM is hell bent on maintaining the deception that 1MDB had money after all. Najib had been banking on some payments out of the various recent deals cut by his trusty financial advisor, Jho Low, in China (such as the East Coast Railway and Bandar Malaysia investments and purchases like Proton), which could then be disguised as 1MDB repayments.

It has left Jho Low’s ploy of presenting the debt repayment to IPIC as a triumphant vindication of 1MDB’s claims they had the cash all along beached right at the last minute (when will Najib learn that his ‘financial whizz kid’ is in fact a learner driver, who long since crashed?)

Ronnie Wurm said...

@Aku

Komen @Aku: "Sebab itulah Dr. Mahathir dan pemimpin dari Pakatan berusaha supaya segala masalah dan penyakit yang ada dalam negara dipulihkan dan ekonomi negara kembali sihat dan berkemang maju."

HAHAHA! Pandai betul @Aku buat lawak!!

Waah! Seolah-olah Mahathir dan pemimpin-pemimpin Bersatu, Pakatan ni dok sibuk siang-malam, ke hulu & ke hilir "untuk Selamatkan Malaysia", "untuk Rakyat"! :-)

Walhal Objektif #1ialah --- Supaya Mukhriz atau mana-mana softie boleh diletakkan sebagai Perdana Menteri. Untuk membolehkan pemimpin-pemimpin Pakatan dan kroni-kroni mereka (termasuk beberapa orang di sini) kaut habis harta negara.

Dulu dah buat masa ada kuasa. Tapi ramai kroni dah habis duit. Sekarang perlukan projek dan konsesi baru. Nak buat kerja, malas. Atau tak ada kemahiran. Jadi kena harapkan handout konsesi dan kontrek macam dulu.

Nak klentong budak sekolah rendah hal "nak selamatkan Malaysia" boleh lah HAHA!

Alifbata said...

Gali lobang, tutup lobang.. biz idea apa macam ni. Baik bukak biz jual burger tepi jalan. Dah tentu halal dan berkat dan menyenangkan rakyat nak beli burger yg murah.

Zed-85 said...

Saudara Aku,

Kadang kala kita kena jugak buat kiasan supaya jelas masalah yang sedia ada.

Seperti kata DAKJ, sekarang ini banyak sangat putar belit kleptokrasi.

Satu lagi kiasan,

Seorang pergi ke klinik kerana sakit perut.

Doktor yang baru ini sepatutnya check kalau ada keracunan makanan atau jengkitan kuman.

Tapi doktor yang ada di klinik itu check 30 tahun dahulu kenapa pesakit itu ada sakit telinga tak boleh dengar.

Sekarang ini, telinganya ok. Tak ada sakit pun.

Doktor ini check pulak kenapa namanya bin kepada datuknya, bukan kepada bapaknya.

Jadi orang terpaksa menahan sakit perut kerena gelagat doktor bangang ini.

Kalau saya, senang aja, saya pergi ke klinik lain.

Kalau nak pergi ke klinik melayu, ada banyak zaman sekarang orang melayu yang handal-handal.

Ada jugak orang yang kata klinik yang lama itu sudah banyak berjasa kepada orang melayu.

Sebenarnya, klinik itu dinding dan batu saja. Yang penting doktornya yang banyak berjasa.

Kebetulan sekarang ini , doktor yang banyak berjasa dahulu sudah buka klinik baru. Klinik warna merah bunga.

Buat apa nak tahan sakit perut lagi, pergi sajalah ke kilinik baru tuu. :)

sukasamasuka said...

Datuk,

1. "Trump said on Twitter on Friday (4th August, 2017) that Toyota and Mazda are to build a 1.6-billion dollar plant in the US and create 4,000 new American jobs." (1)

Comment: In the US, every investment of USD1 billion creates 2,500 jobs!..we can, more or less, use the ratio as a guide too.

2. Translating that ratio and apply to a similar situation in Malaysia, it means, every RM4.3 billion (Current Exchange Rate: RM4.3 to a dollar) of investment here will also create 2,500 jobs in Malaysia or 580 jobs for every RM1 billion.

3. Lets counter check the number with actual Coca-cola bottling plant in Nilai...

"NILAI:...13 March 2017...Coca-Cola has invested RM1bil in Malaysia since 2010...when completed, Coca-Cola Malaysia will have 1,000 direct employees, while creating another 10,000 indirect jobs in companies supporting the business supply chain,”...Chief executive officer of Bottling Investment Group Singapore - Malaysia-Brunei, Stephen Lusk...(2)

4. A report from Malaysian Investment Development Authority stated that in 2015, Malaysia secured total approved investments amounting to RM186.7 billion in the manufacturing, services and primary sectors...These are expected to create 180,240 new jobs...(3)

Comment: the ratio was every RM1 billion invested would create 965 jobs.

5. PAC in its report stated that 1MDB’s debts began at RM5 billion (5,000 jobs?) in 2009 before jumping to RM42 billion at end-2014 (42,000 jobs?).

In January 2016, the debt reached RM50 billions (50,000 jobs?) compared to assets of RM53 billion with 1MDB spending RM3.3 billion to repay interest on debts between April 1, 2014 and March 31, 2015. (4).

6. But, listen to what Najib had to say about how many jobs are created by 1MDB in August 02, 2017 while addressing the Parliament ...

"In line with the company rationalisation plan, 1MDB had 35 employees in Dec 2015, 17 employees in Dec last year, and it currently (2017) has 16 employees," he said."..(5)

7. Something is wrong with 1MDB because the numbers simply don't match. But, this is my numbers and please feel free to correct any error.


(1) https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/news/20170804_31/

(2) http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/03/13/coca-cola-to-invest-rm500mil-to-scale-up-nilai-plant/

(3) http://www.mida.gov.my/home/3024/news/malaysia-remains-an-attractive-proposition-/

(4) https://www.nst.com.my/news/2016/04/139155/no-negative-comments-1mdb-assets-pac-report-arul

(5) http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=119182

sukasamasuka said...

Datuk,

1. Aku percaya bahawa..."Kecuaian Jenayah 1MDB" tidak ada kena mengena dengan "Bank Negara keluarkan bon 20 tahun sebanyak RM2.5 bilion."

2. Itu ada lah dua isu yang berbeza.

3. Isu pertama, kenapa 1MDB bayar RM2.56 billion pada IPIC?

4. Isu kedua, kenapa BNM keluarkan bon RM2.5 billion?

5. Untuk perkara 4, aku lagi percaya pada apa yang dikatakan olih Second Finance Minister Johari Abdul Ghani mengenai isu bon BNM...

"That bond has nothing to do with 1MDB. It is a normal government bond. Every year, we have a deficit budget and we need to finance government expenditure through bond issuance. That's it." (1)

6. Jadi, kenapa Datuk mempersoalkan dan memperkecil2kan kenyataan Johari?...sedangkan Datuk kata..."Bank Negara jual bon perkara biasa. KWSP, KWAP, PNB dan bank-bank beli bon pun perkara biasa."

7. Maaf aku tak faham kedua2 isu ini.


(1) https://www.malaysiakini.com/news/390723

Beautiful Bidah said...

Apa dah jadi dengan Ahmad Husni? Bekas Timbalan Menteri Kewangan... yang nak cuba jadi Hero Rakyat. "Hanya takut kepada Allah" --itulah yang dia declare. Punya seronok Husni bila dipuji dan dipuja oleh oleh mereka-mereka yang berkomplot terhadap Najib. Serta oleh DAP.

Rupa-rupanya Hero Palsu. Bila didedahkan SEDIKIT saja skeleton dalam dia punya closet, terus kecut 'hero' ni. Semangat dan jati diri Husni ini bertaraf macam ayam saja. Sekali kena sergah, terus lari! Hero kepala hotak!

Jojo said...

1. Satu dunia pelik dengan polis kita kerana tak tangkap dalang (atau mastermind atau orang utara kata kepala jahai atau syaitan bertopengkan manusia?) 1MDB iaitu Jho Low.

2. Walaupun sudah dibuat laporan polis sudah berapa tahun masih dibiar lepas bebas hidup mewah dengan hasil wang samun. Malah hasil samun yang diperolehi lebih daripada rakan penyamunnya iaitu M01.

3. Kita faham kalau MO1 itu polis kita takuttttt sangat tapi Jho Low ni siapa yang hendak takut sangat ?

4. Tidak ada usaha langsung untuk dapatkan kembali hasil2 samun tersebut. Malah kita tolong bayar lagi hutang untuk mereka supaya mereka boleh berjoli dan hidup mewah.

5. Apa sudah jadi dengan polis diRAJA malaysia ? Mana taring sang saka biru ?

safiai saad said...

excellent analysis by Sdr Mahyudin Jelani.
thanks

Peter said...

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke lantai juga

vinnan said...

Mali Muyung

The Chinaman is cheating on behalf of Mr an Mrs MO1

sukasamasuka said...

Datuk,

"OKlah. Bank Negara jual bon perkara biasa. KWSP, KWAP, PNB dan bank-bank beli bon pun perkara biasa. Pendapatan bon bagus dan terjamin pun perkara biasa."

- OK lah. Aku pun memang biasa jual sayur dari rumah kerumah, masa kecil dulu, sebelum pergi sekolah sessi petang. Tetapi ada masanya sayur aku tak laku, jadi emak aku bising.

- OK lah. Bank Negara biasa jual bon, tetapi kali ini, bon yang RM2.5 bil, macam mana kita mau tau siapa yang membelinya?

- Dari lampiran Datuk, aku tak nampak "pendapatan" bon tersebut...tetapi, kalau ikut sejarah dunia dimana 10% macam bon yang 1MDB dapat dari Goldman Sach tempoh hari, aku pun nak melabur juga la sebab lagi bagus dari pulangan ASB 7.25% tahun lalu.

- OK lah. Aku memang suka filem Mat Bon arahan Mat Sentol...terjamin hebat dan lawak, kira aku nie orang lama sikit la dari Datuk, yang mungkin lebih suka pada filem2 orang putih macam James Bond.

- Jadi bon Melayu ni, "Mat" bon pun terjamin best juga la macam "James" bond?...dan geranti bukan macam "Chinese Junk" bond?

- Orang bilang...aku dengar...kalau bon terjamin, kurang pendapatannya Datuk...tetapi, kalau tak terjamin, pendapatannya giler2.

- Kalau bon itu dijual pada 1hb Ogos 2017 dan di tutup jam 11am pada 3hb Ogos 2017...2 hari saja!..mana la aku sempat nak beli Datuk. Lain kali suruh la BNM lama lama sikit ba kalau nak jual, jangan makan sama sama sendiri saja. Barangkali durang ni berWatsUp saja dalam group atau main pakai telefon telefon sama kawan2.

- Lain kali kasi tau kami orang kampung, kami mau beli bon yang TERJAMIN saja dengan PENDAPATAN yang lagi bagus dari ASB.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Tapi kalau bon RM2.5 bilion itu adalah untuk bayar hutang 1MDB, ia bukan perkara biasa malah boleh dianggap kecuaian jenayah (criminal negligence) dalam pengurusan kewangan negara."

- Kenapa sikit saja itu hutang 1MDB?

- Kantoi Tun kali ini.

- Alaaa sikit saja ba itu hutang 1MDB, Datuk...kami orang Sabah bilang, harimau mati tinggalkan belang, orang Malaya mati banyak utang.

- Orang Yahudi hidup kerana hutang.

- Orang Cina hidup tidak ada hutang.

- Orang Melayu hidup mampus bayar hutang.

Bagus lagi jadi Yahudi!

sukasamasuka said...

Datuk,

"Tetapi sekiranya bon RM2.5 bilion itu adalah untuk membayar hutang 1MDB dan sekali gus membebankan rakyat jelata untuk 20 tahun akan datang, ia adalah “criminal negligence” yang tidak boleh dipandang ringan."

- kalau dulu, Cina teruk bayar cukai bayar utang Melayu dan bikin surau.

- sekarang padan muka Melayu dan Bumiputra...semua kena GST...bayar utang Bugis!

- Dengar2 ada seekor Jawa itu bukan 'keturunan Melayu'...tepi tak apa la, asal dia bayar GST...lagi pun, kalau hanya ada RM230 sahaja dalam akaun, beli rokok kretek Indon seludup pun tak cukup...harga sudah naik ba bosku.

sukasamasuka said...

Datuk,

" Jadi, marilah kita mulakan tindakan ke atas kecuaian jenayah 1MDB ini...agar Jho Low ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia.

Jho Low adalah dalang di belakang 1MDB."


- Jho Low BUKAN dalang dibelakang 1MDB, Datuk.

- Tetapi, aku tetap sokong usaha tangkap Jho Low termasuk...BNM No.1...MACC No.1...AG No.1...PDRM No.1...PAC No.1...dan MO1.

- Sesiapa pun bolih jadi "Jho Low" termasuk semua saudara2 dalam blog ini...Datuk sendiri tidak terkecuali...dengan satu syarat saja.

- Apa syaratnya?

- Ada MO1 dibelakang anda.

- Ini la DALANG 1MDB.

Taosuo said...

Datuk,
Mohon laluan untuk komen 'kritik' En Ronnie Wurm (3.35 p.m.) terhadap tulisan En Aku.
En Ronnie Wurm jelas tersasar kerana menghala komen nya pada En Aku, walhal beliau (En Aku) telah
dua kali mengumumkan bahawa beliau hanya 'kopipes' apa yang asalnya adalah sumbangan En Zed-85.
Terima kasih.

Zed-85 said...

Saudara Ronnie,

Sebenarnya kita boleh sangat membuat perbandingan antara zaman Mahathir dan Najib.

Mahathir mula jadi PM pada tahun 1981

Pada tahun 1983, Proton ditubuhkan.

Punyalah bebanggga orang melayu dekat kampong dengan kereta Nasional.

Ada budak di kampong yang panjat kereta, berdiri diatas atap dan boot kereta untuk tankap bergambar.

Pada tahun 1983, nak tangkap "selfie" tak boleh lagi, Samsung S1 pun belum keluar lagi. Ambil gambar guna camera biasa tapi bangganya tetap ada.

Najib menjadi PM pada tahun 2009 sampai sekarang.

Pada tahun 2009, 1MDB ditubuhkan.

Sekarang ini, sudah samsung S8, berapa ramai yang ambil selfie dekat papan tanda 1MDB itu?

Zed-85 said...

Saudara Shah,

Khairi nak suruh orang letak jawatan.

Setahu saya pada waktu dia jadi menteri belia dan sukan, rasuah sampai 100juta dalam jabatannya.

Walaupun beliau tak terlibat tapi dia bertanggungjawap atas kementerian belia dan sukan.

Kalau negara lain, menteri sudah letak jawatan kerana melibatkan bukan 1 juta tapi sampai 100juta baru nak tangkap.

Selama ini, apa yang dia buat di Kementerian sampai 100juta boleh hilang.

Sepatutnya, dia patut letak jawatan, ini dia pulak suruh orang letak jawatan.

kashinkoji said...

Najib jer boleh kelentong orang2 tua-tua macam awak yea tak.Itu sebab semua pemimpin UMNO macam tak peduli lagi nasib rakyat.Kalaulah kita nilai melayu manalah yang paling layak dijaga dan ditatang oleh UMNO,saya rasa melayu kat Feldalah.Dari wuudnya organisasi itu sampailah pilihanraya terbaru ini,undi mereka tetap untuk UMNO.Apa hadiah UMNO kepada peneroka-peneroka yang setia itu,Isa Samad.
Kalau Mahathir buat apa yang Najib buat sekarang pada Malaysia,Najib pun tak akan wujud.Tua Kit Siang tulah yang asyik dok bising pasai forexlah,Mas dan lain-lain lagi sampai la ni.Harap orang2 UMNO dgn BN,sampai jadi macam nilah.

No place to hide said...

Datuk, it was reported the Commonwealth Bank in Australia has been accused of more than 53,700 breaches of laws to combat money laundering and terrorism financing.

The bank could face a maximum penalty of $18 million for each of the 53,700 contraventions, if found guilty after the federal government's financial intelligence unit, AUSTRAC, on Thursday launched civil proceedings in the Federal Court accusing it of systemic failure to comply with anti-money laundering and counter-terrorism financing laws. Looks like the Australian authorities are now getting more serious.

Will the ANZ bank be also investigated as thoroughly as the Commonwealth Bank?

Hafsah Osman said...

Menyokong MB Azmin

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Mengikut berita terbaru, jumlah yang sepatutnya dibayar adalah USUS$602,725,000 and US$26,024,509.59.

http://www.londonstockexchange.com/exchange/news/market-news/market-news-detail/61HK/13314752.html

Adakah bayaran yang lebih US26 million lebih kurang RM100 juta kerana lambat bayar.

Tempoh masa 5 hari masa tambahan sudah pun selesai.

Kenapa Kementerian Kewangan (MOF) perlu terlibat dalam settlement ini? Ini bermakna rakyat Malaysia sama-sama menanggung beban hutang yang begitu besar.

Habib Xultan said...

PAS berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda.

Habib Xultan said...

PAS berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda.

Jojo said...

Sukasamasuka,

1. Orang melayu tak ada yang bayar cukaikah ?

2. Satu dunia tahu Jho Low itu dalang dalam skandal 1MDB & MO1 adalah rakan subahatnya (accomplice).

3. Anda kena kurangkan semangat kenegerian & rasis anda bila berbicara mengenai isu negara Malaysia. Selalu sangat saya baca naik meluat pun ada. Maaf.

sukasamasuka said...

Datuk,

Terima kasih Jojo 7.56AM...ingin saya mengulas sikit tentang balasan anda...minta maaf kerana terlambat menjawab.

1. Orang melayu tak ada yang bayar cukaikah ?
Komen: ini satu soalan yang sangat penting.

Sebelum ada GST, dari 4 juta pekerja, hanya lebih kurang 1 juta sahaja yang dikenakan bayaran cukai pendapatan, selain itu dibawah 'income tax bracket' atau dikecualikan sebab kurang pendapatan.

Kita tidak ada maklumat berapa banyak orang Melayu dari 1 juta itu yang bayar tax...mungkin secara kasar 60% (Melayu+Bumiputera).

Kerana pendapatan orang Melayu secara kasarnya, kurang daripada orang bukan Melayu, aku rasa jumlah yang dapat dikutip dari orang Melayu kurang dari 20%.

Jadi kita tidak bolih nafikan orang Melayu ada bayar cukai.

Semua orang Melayu bayar GST tidak berkecuali.

2. Satu dunia tahu Jho Low itu dalang dalam skandal 1MDB & MO1 adalah rakan subahatnya (accomplice).

Komen: Jho Low bolih buat apa saja dia suka dan salah satunya ialah "idea" macam mana nak buat duit atas angin.

Idea hanya la "tool" sahaja untuk membuat sesuatu, tidak lebih dari itu, macam juga sebilah pisau adalah "tool", tetapi tak akan menghasilkan apa2 kecuali ia digunakan.

Untuk guna "pisau" itu, Jho Low mesti "minta restu" dari empunya "pisau".

Tuan punya "pisau" itu adalah MO1.

Tanpa MO1, "pisau" itu tidak bolih digunakan.

MO1 sudah nampak macam mana dia akan gunakan "pisau" itu, sebelum dia kasi pada tangan Jho Low.

Terpulang la pada anda untuk menentukan siapa dalang nya yang sebenar?

3. Anda kena kurangkan semangat kenegerian & rasis anda bila berbicara mengenai isu negara Malaysia. Selalu sangat saya baca naik meluat pun ada. Maaf.

Komen: tidak apa, anda tidak payah minta maaf sebab anda tidak salah tetapi saya yang agak keterlaluan.

Walaupun saya cuba mengurangkan semangat kenegerian saya, ini agak payah sebab itu bukan reality dibawah sini. Saya bukan penulis atau ahli bahasa tetapi tukang jual mi goreng ditepi jalan raya sahaja. Kalau mi saya tidak habis, saya bawa balik untuk makan anak2 dan bini, selainnya sedekah la sikit2 sama jiran tua. Sakit mereka saya rasa. Kegembiraan mereka pun saya rasa bersama. Saya bukan orang politik atau ahli mana2 party politik, jadi apa yang saya cuba sampaikan adalah "rasa" orang kampung. Saya bukan memuji Tun dapat duit. Tidak pernah walaupun satu sen tetapi perjuangan beliau saya tidak pernah ragu2 dari dulu hingga sekarang. Saya tidak peduli dia kaya atau anak2nya kaya, itu rezeki dia...rezeki aku secukup2 yang ada.

Begitu juga kalau apa yang saya cakap macam agak rasis sebab orang disini cakap macam begitu la. Sebenarnya, lagi senang rasanya kalau saya cakap macam orang surat kabar supaya orang senang hati sama saya, tetapi itu bukan cita rasa orang kampung. Saya tidak bolih rasis walaupun saya mau sebab keluarga darah daging saya ada yang berketurunan Cina, Kadazan, Dusun, Punjabi, Bajau, Suluk, Brunei, Melayu, Bugis, Jawa, Samonol Tagalog, Mindanao, Indonesian, Arab Yemen, orang Kedah, Kelantan, Perak, Melaka, Johor dan yang masih beragama Islam, Kristian, Pagan, Buddha, Sikh (Amristar)...pelanggan2 lama yang jadi kawan2 sampai saat ini pula dari Perlis, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri, Pahang pun ada tapi sudah lama terputus kabar. Saya berhubungan dengan anak saudara dan kawan2 hingga sekarang.

Mereka tau siapa saya dan keturunan datok nenek moyang saya. Bukan dibikin2 kasi sedap hati, tetapi real stuffs...keluarga kami terlalu besar dan sangat la ramai, tetapi hanya anak2 aku saja yang tau siapa "sukasamasuka".

Tulisan aku ini untuk mereka, bukan untuk aku...aku tidak ada apa2.

Rasa hati memang kita semestinya bersama2 dalam satu negara Malaysia ini. Jangan salahkan orang2 kampung kalau mereka sudah tidak dapat merasakan begitu lagi. Anak2 cucu aku tidak dapat rasa begitu lagi walaupun aku cuba.

UMNO yang aku kandung selama ini telah menghancurkan hati aku...aku malu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).